Advertising Space For Rent

Thursday, June 10, 2010

Kisah Cinta Adam dan Hawa


Syurga yang serba nikmat

...egala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.


Adam kesepian

Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri?

Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan.

Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.

Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan.

Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.

Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban.

“Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru:
“Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.
Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.

Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.

Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.

Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan?
Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan.

“Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib.

Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam).

Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”.
Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”.

(Al-A’raaf: 19).
Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

(Al-Baqarah: 38)




Petikan daripada Buku 1001 Impian-Rangkaian Kisah-Kisah Bidadari - Siri 1 karangan Nurun Nasuha M A

Friday, June 4, 2010

Syafaat Untuk Kita Semua


Seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Auf bin Malik bercerita, suatu hari Nabi s.a.w. bersabda kepada kami, “Tahukah engkau apa yang telah ditawarkan Tuhanku malam tadi kepadaku?” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah menawarkan kepadaku sama ada memasukkan sesetengah umatku ke dalam syurga, atau memberiku syafaat. Aku lalu memilih syafaat.”
Kami lalu berkata, “Wahai Rasulullah, mintakanlah kepada Allah agar menjadikan kami termasuk dalam golongan ahli syafaatmu.”
Baginda menjawab: “Syafaat ini untuk semua Muslim.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi dan Ibn Majah ini sengaja saya pilih untuk membuka perbincangan kita tentang syafaat Rasulullah s.a.w., kerana isinya melahirkan kegembiraan di hati setiap orang yang membacanya.

Makna Syafaat

Secara bahasa, syafaat berasal daripada kata al-syaf’u, maknanya “genap” (lawannya ganjil). Syafaat dengan demikian mengandungi makna “menggenapkan” sesuatu, yakni membantu pihak lain melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan dirinya sendiri. Ibn al-Manzur dalam Lisan al-Arab berkata, “Syafaat ialah perkataan seseorang kepada raja untuk meminta hajat bagi orang lain.”
Sewaktu kita berbicara pada Hari Pembalasan, maka yang menjadi Raja pada hari itu adalah Allah s.w.t. yang menampilkan diri-Nya sebagai penentu nasib setiap makhluk. Pada hari itu, “Tiada siapa yang dapat memberi syafaat di sisi Allah melainkan dengan izin-Nya.” (Surah al-Baqarah 2: 255). Maka hanya hamba-hamba yang sangat dekat kepada Allah sahaja yang memperoleh kehormatan untuk membantu orang lain.
Keyakinan dengan adanya syafaat ini merupakan aqidah yang menjadi pegangan Ahli Sunah waljamaah. Berkata al-Qadhi Iyad al-Maliki sebagaimana nukilan Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, “Berbagai athar (hadis) yang keseluruhannya mencapai darjat mutawatir menunjukkan adanya syafaat bagi orang yang berdosa di akhirat, dan ini menjadi perkara yang telah menjadi ijmak di kalangan ulama Ahli Sunah Waljamaah sejak generasi salaf dan khalaf hingga hari ini.”
Al-Qadhi Iyad juga menjelaskan bahawa sekelompok manusia daripada puak Muktazilah dan Khawarij menolak adanya syafaat ini. Mereka berhujah dengan beberapa ayat al-Quran yang kesemuanya jika diperhatikan dengan teliti, berkaitan dengan orang kafir. Maka ayat ini tidak boleh dikenakan bagi orang beriman yang melakukan dosa lalu dimasukkan ke neraka. Hal ini kerana terdapat hadis-hadis Nabi yang mutawatir menjelaskan bahawa syafaat dapat menyelamatkan mereka dengan izin Allah s.w.t.
Lagi pula, kalau kita renungi secara mendalam syafaat ini sebenarnya tidak lain merupakan salah satu perwujudan daripada sifat rahmat Allah s.w.t. kepada seluruh hamba-hamba-Nya. Rahmat ini diperlihatkan melalui hamba-hamba pilihan-Nya untuk menampilkan kelebihan mereka kepada semua manusia yang lain.

Syafaat Terbesar
Antara hamba-hamba pilihan itu ialah Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. satu-satunya hamba Allah yang memiliki al-Maqam al-Mahmud (Maqam yang Terpuji). Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku telah diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada nabi-nabi sebelumku, salah satunya aku diberikan syafaat.”
Hadis ini tidak bermakna bahawa syafaat hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. sahaja, dan tidak dimiliki oleh nabi-nabi lain. Namun apa yang ingin kita bicarakan kali ini ialah tentang sebuah syafaat khas yang eksklusif dimiliki Rasul Akhir Zaman, iaitu apa yang dikenal dalam ilmu aqidah sebagai al-Syafaatul ‘Uzma (Syafaat Terbesar).
Begitu luas dan besarnya syafaat ini, hingga ianya meliputi semua makhluk. Walaupun bukan berasal daripada umat Baginda, iaitu syafaat yang melepaskan semua ahli mahsyar yang telah penat kerana seksaan zahir dan batin sekian lama untuk menunggu proses hisab dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan sifat Baginda yang diutus Allah s.w.t. sebagai rahmat bagi sekalian alam, juga dengan syariat Baginda yang meliputi seluruh manusia.
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., “pada hari kebangkitan, semua umat manusia berlutut, setiap umat akan mengikuti seorang nabi dan berkata kepadanya, “Wahai polan, tolonglah kami.” Nabi itu terus menolak, hingga mereka mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka pada saat itulah, Allah menempatkan Baginda di al-Maqam al-Mahmud (maqam yang Terpuji).”
Abu Hurairah dan Anas bin Malik meriwayatkan hadis ini dengan lebih terperinci sebagaimana yang terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Ringkasnya, semua manusia pertama kali mendatangi Nabi Adam, lalu Nabi Ibrahim, lalu Nabi Musa hingga ke Nabi Isa a.s. Namun kesemua nabi-nabi ini tidak berani meminta kepada Allah s.w.t untuk memulai hisab. Semua manusia kemudiannya akan menemui Nabi Muhammad s.a.w. Baginda segera bersujud di bawah Arasy sambil memuji Allah dengan berbagai pujian yang Allah ilhamkan kepadanya.
Beberapa lama kemudian, Allah berfirman kepada kekasihnya ini yang antaranya bermaksud: “Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu. Mintalah, maka engkau akan diberi. Dan berikanlah syafaat, maka syafaatmu akan diterima.” Pada saat itulah, Rasulullah meminta agar Allah memulai hisab untuk umatnya. Allah, Raja Hari Pembalasan segera mengabulkan permintaan tersebut.

Syafaat untuk Ahli Neraka

Demikianlah Syafaat Terbesar yang hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Namun selain syafaat ini, Baginda terus diizinkan untuk memberikan syafaat bagi menolong setiap umatnya yang memerlukan bantuan. Di dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, Baginda bersabda yang bermaksud: “Setiap Nabi memiliki doa yang pasti Allah kabulkan, dan aku menyimpan doa tersebut sebagai syafaat bagi umatku di akhirat nanti.”
Syafaat ini diperlukan kerana Rasulullah s.a.w. memiliki bilangan umat yang paling ramai dibandingkan nabi-nabi yang lain, dan tidak semua orang daripada umat Baginda yang mencapai kesempurnaan amal. Ramai antara mereka yang terjatuh ke dalam lembah maksiat terutamanya kerana mengikuti dorongan hawa nafsu.
Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku melihat apa yang dilakukan umatku setelahku, mereka menumpahkan darah saudara mereka sendiri. Aku berasa sedih melihat hal itu, namun itu telah menjadi ketentuan Allah sebagaimana yang terjadi pada umat-umat lainnya. Aku lalu meminta kepada Allah agar diizinkan memberi syafaat bagi mereka pada hari kiamat, Allah lalu mengizinkannya.”
Baginda terus meminta kepada Allah untuk mengeluarkan setiap orang daripada umatnya yang berada di neraka sehingga tidak seorang pun yang tertinggal di tempat itu. Allah mengabulkan syafaat Rasulullah sebagai perwujudan janji-Nya yang maha benar, “Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu sehingga kamu menjadi puas.” (Surah al-Duha 93: 5)
Al-Qadhi Iyadh menyebutkan beberapa bentuk syafaat yang Nabi s.a.w. berikan kepada umatnya. Antara lain, memasukkan sebahagian umatnya ke dalam syurga tanpa hisab, mengangkat darjat sebahagian yang lain, menyelamatkan mereka dari neraka bagi orang yang telah diputuskan masuk ke dalamnya, juga mengeluarkan sebahagian yang lain dari neraka setelah mereka memasukinya.
Semua syafaat Rasulullah yang berbagai bentuk itu akan memberi manfaat kepada semua umat Baginda tanpa terkecuali. Umat Baginda ialah setiap orang yang pernah mengucapkan kalimat syahadat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Dalam Sahih al-Bukhari, Abu Hurairah bertanya Rasulullah s.a.w., “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu?” Mendengar soalan itu Baginda menjawab, “Aku sudah mengagakkan bahawa engkau akan menjadi orang pertama yang bertanya tentang perkara ini, kerana kecintaanmu kepada hadis-hadisku. Sesungguhnya manusia yang paling berbahagia dengan syafaatku pada hari kiamat nanti ialah orang yang pernah mengucapkan syahadat ‘tidak ada tuhan selain Allah’ dengan ikhlas daripada dasar hatinya.”
Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik yang bertanya kepada Nabi s.a.w., “Di manakah aku harus mencari tuan nanti untuk meminta syafaat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di titian sirat.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di titian sirat?” Baginda menjawab, “Carilah aku di tempat penimbangan amal.” Anas bertanya lagi, “Kalau aku tidak menemukan tuan di sana?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Carilah aku di telaga, sesungguhnya aku pasti hadir di salah satu daripada ketiga-tiga tempat ini.” Jelas di sini, Rasulullah akan selalu hadir di tempat-tempat yang sangat memerlukan di sepanjang proses hisab.

Wasilah

Setelah mengetahui hakikat ini, selayaknya bagi setiap Muslim yang berasa diri banyak dosa, ia selalu mengharapkan bantuan dan syafaat Rasulullah s.a.w. Dan itu dapat diusahakan dengan memperbanyakkan amalan sunah yang menjadikan kita layak mendapatkan syafaat Baginda. Siapa yang selalu melanggar sunah, semakin jauh ia daripada syafaat Nabi di akhirat.
Dalam Sahih Muslim menyebut hadis daripada Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu mendengar seruan muazin, maka ucapkanlah seperti ucapannya, lalu kamu berselawat kepadaku. Maka sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintakanlah wasilah untukku, sesungguhnya demikian itu adalah sebuah tempat di syurga yang tidak patut didiami melainkan seseorang hamba Allah sahaja, dan aku berharap akulah orangnya. Barang siapa yang memintakan wasilah untukku, maka ia pasti mendapatkan syafaatku.”

------------------------------------------------------------------------------
Petikan daripada Majalah Solusi tulisan Us Umar
*Jika berminat mendapatkan Majalah Solusi boleh dapatkan secara 'ONLINE' di e-Store Stormreaders atau email di spektrumilmu@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.*

Thursday, June 3, 2010

Lagi Cubaan Menipu


Ini bukan kes baru,dah selalu sangat kita dengar orang kena tipu dengan dengan email sebegini.Tapi yang peliknya,walaupun selalu berita-berita ini keluar surat-khabar,masih ramai juga yang terjebak.

Pagi tadi buka jer email,aku dapat 2 email sebegini.Dia ingat aku nak percaya ker?Yang menjadi lebih kelakar tu,bila masa pula 'Maybank' dapat tau alamat email aku.Takkan masa isi borang bukak akaun?Aku pakai alamat email nie baru 2 tahun,tapi aku dah ada akaun Maybank sejak 13 tahun dulu tau tak!!Kantoi..

Siapalah punya kerja nie.Senang-senang jer nak ambil duit orang.Halal haram tak perlu ceritalah.Orang-orang sebegini sebenarnya mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.Mungkin pada andain mereka dalam 100 email yang di hantar,1 sangkut pun dah cukup baik.Balik modal!!.Balik modal kerana semangnya tiada modal yang dikeluarkan!!.

Kepada mereka-meraka ini,berhentilah buat benda-benda tak berfaedah sebegini.Taktik hantar email untuk 'rampas' kata laluan orang macam nie dah klise sangatlah.Kalau betul tak ada kerja,buat resume pastu cari kerja kat Jobstreet ker,Mudah.com ker,SPA pun boleh.Banyak kerja menanti.Bukan sahaja rezeki itu lebih berkat,malah hidup korang pun lebih aman sebab tak kena sumpah seranah.

Tuesday, June 1, 2010

Kesilapan Pada Papan Tanda II

Merujuk pada entry aku yang lepas bertajuk Kesilapan Pada Papan Tanda,kali ini aku berjaya mengumpulkan lagi koleksi-koleksi gambar kesilapan yang berlaku padan tanda (sign-board) untuk tatapan dan panduan buat semua.

Mari kita saksikan..















Wednesday, May 26, 2010

Top 20 Box-Office Films In Malaysia

IN the past, local films that managed to earn one or two million at cinemas were considered box-office hits. With moviegoers showing a distinct preference for foreign (namely Hollywood) productions, the market for local Malay movies was considered small.

But this is slowly changing, with more Malay productions being released every year, and winning over movie fans.

Now, it's not uncommon for a local movie to make between RM3 million to RM7 million in takings.

Last year alone, local movies generated RM50.8 million at the box-office, up from RM43.9 million the previous year.

According the director general of Finas( National Film Development Corporation of Malaysia) Mohd Mahyidin Mustakim, since the launch of the National Film Policy in 2005, the box-office collection for local films has doubled from RM25 million to RM50 million now.

"That is a 100% jump in five years and It is a wonderful achievement," he says.

Finas has provided a list of the 20 highest grossing local movies from 1990 to April 2010, and as expected, comedies rule the roost, with nine such films in the list.Here is the list :-

1) Adnan Semp-It
Box office: RM7.66 million
Synopsis: A despatch boy cum Mat Rempit Adnan and a rich man’s daughter, Nadia find love in a hilarious manner .
Genre: Comedy/Action
Year: 2010
Producer: MIG Production Sdn Bhd

Director: Ahmad Idham
Cast: Shaheizy Sam, Intan Ladyana and Cat Farish.

-----------------------

2) Lagi Lagi Senario
Box Office: RM6.33 million
Synopsis: The story is about a fierce rivalry between two food stalls owners who try to out-do each other in increasingly extreme ways.
Genre: Comedy/Drama
Year: 2001
Producer: Grand Brilliance Sdn Bhd
Director: Aziz M. Osman

Cast: Mazlan Pet Pet, Saiful Apek and Wahid Senario.

--------------------------

3) Geng: Pengembaraan Bermula
Box-office: RM6.20 million
Synopsis: Badrol and his friends try to solve a mystery that is haunting his grandfather’s village.
Genre: Animation

Year: 2009
Producer: Les Copaque Production Sdn Bhd

Director: Nizam Razak
Voices: Izwan, Yong Pin and Balqis.

-------------------

4) Sembilu 2
Box-office: RM6.10 million
Synopsis: Awie and Wati want to get married soon but Wati’s brother, Azman opposes the relationship and wants to drive the lovers apart.

Genre: Romance
Year: 1995
Producer: Skop Production Sdn Bhd

Director: Yusof Haslam
Cast : Erra Fazira, Zaina Zain and Awie.

--------------------

5) Jangan Pandang Belakang Congkak
Box-office: RM6.09 million
Synopsis: Three youths have to spend three nights at a haunted bungalow if they want to inherit their long lost uncle’s wealth in this spoof of two horror flicks: Jangan Pandang Belakang and Congkak.
Genre: Comedy/Horror
Year: 2009

Producer: MIG Production Sdn Bhd

Director: Ahmad Idham
Cast: Shaheizy Sam, Mazlan Pet Pet and Cat Farish.

---------------------

6) Jangan Pandang Belakang
Box-office: RM5.78 million
Synopsis: Darma finds out a demon was involved in the death of his fiancée, Rose and now the demon is out to terrorise him. Can anyone save Darma?
Genre: Horror

Year: 2007
Producer: MIG Production Sdn Bhd

Director: Ahmad Idham
Cast: Pierre Andre, Intan Ladyana and Khatijah Tan.

--------------------

7) Evolusi KL Drif 2
Box-office: RM5.67 million
Synopsis: Illegal racer Joe hates his rival Zack and goes all out to destroy him. Who says revenge cannot be sweet?
Genre: Action

Year: 2010
Producer: Skop Production Sdn Bhd

Director: Syamsul Yusof
Cast: Aaron Aziz , Remy Ishak and Syamsul Yusof.

---------------------------------------

8) Cicak Man
Box-office: RM5.15million
Synopsis: A man gains superpowers after a science experiment goes wrong and now he fights the baddies to make the world a better place in this spoof of Spider-Man.
Genre: Comedy/Action

Year: 2006
Producer: KRU Communication Sdn Bhd
Director: Yusry KRU
Cast: Saiful Apek, Fasha Sandha and Aznil Nawawi.

----------------------------

9) Maria Mariana
Box office: RM4.72 million
Synopsis: Two sisters, Maria and Mariana, have totally different outlooks on life and share a hostile relationship.
Genre: Family Drama
Year: 1996
Producer: Skop Production Sdn Bhd
Director: Yusof Haslam

Cast: Erra Fazira, Ziana Zain and Edika Yusof.

-------------------------------------

10) Duyung
Box-office: RM4.67 million
Synopsis: An island boy helps a mermaid to gain her freedom after a ruthless fisherman hauls her in.
Genre: Comedy
Year: 2008
Producer: KRU Communication Sdn Bhd

Director: A. Razak Mohaideen
Cast: Maya Karin, Saiful Apek and Yasmin Hani.

-----------------------

11) Senario The Movie
Box-office: RM4.58 million
Synopsis: Shamsul is a criminal who soon learns that crime does not pay.
Genre: Comedy
Year: 1999

Producer: Grand Brilliance Sdn Bhd
Director: Aziz M.Osman
Cast: Wahid Senario, Mazlan Pet Pet and Saiful Apek.

----------------------

12) Gerak Khas The Movie
Box-office: RM 4.40 million
Synopsis: A group of dedicated police officers are determined to crack down a syndicate that is into distributing porn VCDs and Ecstasy pills.

Genre: Action
Year: 2001
Producer: Skop Production Sdn Bhd
Director: Yusof Haslam

Cast: Erra Fazira, Abby Abadi and Rosyam Nor.

---------------

13) Sembilu
Box-office : RM 4.39 million
Synopsis: A love story between two school sweethearts who are forced to deal with one obstacle after another.
Genre: Romance
Year: 1994
Producer: Skop Production Sdn Bhd
Director: Yusof Haslam

Cast: Erra Fazira, Awie and Ziana Zain.

-------------------

14) Senario Lagi
Box-office: RM 4.37 million
Synopsis: A married couple go to Cherating for holiday where they get caught up with many hilarious situations.
Genre: Comedy
Year: 2000
Producer: Grand Brilliance Sdn Bhd
Director: Aziz M Osman
Cast: Saiful Apek, Mazlan Pet Pet and Wahid Senario.

-------------------------

15) Senario The Movie: Ep 1
Box-office: RM 4.26 million
Synopsis: Three village boys dream of becoming singers. Then they decide to go the the big city to attend a singing audition.
Genre: Comedy
Year: 2008
Producer: MIG Production Sdn Bhd
Director: Ahmad Idham
Cast: Mazlan Pet Pet, Wahid Senario and Fauziah Nawi.

-----------------------------

16) Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
Box-office: RM4.14 million
Synopsis: A group of youths indulge in free sex, drugs and illegal racing but end up paying a heavy price for it.
Genre: Action
Year: 2009
Producer: Skop Production Sdn Bhd
Director: Syamsul Yusof
Cast : Syamsul Yusof, Salina Saibi and Aaron Aziz.

-------------------------

17) Remp-It
Box-office: RM 4.0 million
Synopsis: Madi gets involved in illegal racing in order to buy a new bike. But he loses the race and ends up beaten and terrorised.
Genre: Action
Year: 2006
Producer: MIG Production Sdn Bhd
Director: Ahmad Idham
Cast Farid Kamil, Cat Farish and Julia Hana.

----------------------

18) Evolusi KL Drift
Box-office: RM3.9 million
Synopsis: Zack and Sham are best friends who are nuts for racing. But their friendship is tested when they both fall in love with the same woman, Fasha.
Genre: Action
Year: 2008
Producer: Skop Production Sdn Bhd
Director: Syamsul Yusof,
Cast: Fasha Sandha, Farid Kaml and Syamsul Yusof.

--------------------

19) V3: Samseng Jalanan
Box-office: RM3.88 million
Synopsis: Rudy gives up illegal racing when he accidentally causes the death of several people. But a group of gangsters use every trick in the book to force him back on the track.
Genre: Action
Year: 2010
Producer: MIG Production House
Director: Farid Kamil
Cast: Farid Kamil, Bront Palarae and Aqasha.

---------------------

20) Cinta Kolesterol
Box-office: RM3.82 million
Synopsis: Inspired by Eddie Murphy’s The Nutty Professor, overweight Fazira desperately want to find romance but finds difficulty attracting guys. She resorts to extreme measures….
Genre: Comedy
Year: 2003
Producer: MIG Production Sdn Bhd
Director: A. Razak Mohaideen
Cast: Erra Fazira, Yusry KRU and Abu Bakar Omar.

Sumber theSun


Tuesday, May 25, 2010

Indahnya Zaman Kanak-Kanak

Ilustrasi hiasan sahaja

"Set set set,me me me!me me me set set set"
"Pukul berapa Datuk harimau"
"Police and thief want to jaga,police mati pencuri jaga"
"Ram-ram rep..!!"

Dengan melihat sahaja ayat di atas,pasti ramai yang boleh melagukannya secara spontan.Jika korang tidak boleh atau tidak tahu menahu langsung apa yang diperkatakan,mungkin umur korang jauh terlalu muda.

Aku pasti ramai yang pernah main permainan di atas.Tak kiralah lelaki atau perempuan, pastinya bila dikenang kembali,pasti kita akan rindu saat zaman kanan-kanak kita bermain bersama rakan-rakan yang lain.Walaupun dengan hanya berpakaian yang agak comot dan berselipar jepun,keseronokkannya tetap kita rasai.

Sekitar umur aku 9 hingga 12 tahun inilah antara permainan yang menjadi fenomena aku dan rakan-rakan ketika itu.Seronok sangat main permainan ini sebab ianya boleh melibatkan dua golongan sekaligus iaitu lelaki dan perempuan.Hampir setiap petang kami akan berkumpul.Macam-macam ragam boleh dilihat ketika permainan berlangsung.Ada yang ketawa sakan,ada yang menangis (sebab kalah/rasa ditipu/tak puas hati) dan juga ada yang merajuk.Tapi semua itu akan hilang pada esok harinya bila kami berkumpul semula.

Ilustrasi hiasan sahaja

Aku bukanlah lahir dan membesar di kampung tapi segala permainan ini seolah-olah datang secara tiba-tiba.Sampai sekarang aku sendiri tak dapat pastikan darimana aku belajar semua permainan ini.Dan sampai sekarang juga,"sound-track" permainan ini semua masih lagi segar dalam fikiran.Sebati agaknya.

Walaupun ada yang beranggapan yang sesetengah permainan ini tidak maskulin,tapi hal ini tidak pernah menjadi isu.Aku masih ingat lagi betapa cekapnya seorang rakan aku (lelaki) mengatur tangannya bermain permainan "set set set,me me me..".Naik merah kadang-kadang tapak tangan si regunya.Sememangnya bukan mudah permainan ini kerana bukan sahaja tangan kita perlu digerakkan dengan laju,tapi mulut juga tidak harus putus menyanyikan "sound-track" mengikut rentak tangan.Memang seronok sangat!!

Satu lagi permainan yang cukup menarik pada aku adalah "Pukul berapa datuk harimau".Bukan sahaja popular di rumah,malah kadang-kala dekat sekolah pun cikgu suruh main permainan ini masa PJ(Pendidikan Jasmani).Permainannya mudah sahaja,seorang akan dipilih secara rawak untuk memegang status sebagai 'Datuk Harimau' dan seterusnya berdiri di barisan paling hadapan.Sambil dia berjalan perlahan-lahan (seolah-olah merayau-rayau) kami yang dilakang ini akan ikut kemana sahaja 'Datuk Harimau' ini bergerak sambil bertanya berulang-ulang kali kepadanya..

"Pukul berapa Datuk harimau"

Datuk harimau akan memberi tahu waktu bagi setiap pertanyaan sambil berjalan perlahan.Setelah bertalu-talu soalan yang sama diajukan,'Datuk Harimau' ini secara tiba-tiba akan toleh kebelakang sambil menjerit "Aku laparrrrr".Kami yang dibelakang biasanya akan menjerit "ketakutan" cuba menyelamatkan diri dalam satu barisan.Pernah juga ada diantara kami yang menangis kerana "ketakutan" yang amat sangat terutama sekali jika yang menjadi 'Datuk Harimau" itu adalah orang yang lebih dewasa daripada kami.Betapa aku rindu saat-saat itu...

Ilustrasi hiasan sahaja

"Police and thief" juga satu lagi permainan menyeronokkan kerana "sound-track" permainan ini memang mantap.Ia perlu dilagukan pada awal permainan untuk memilih pihak mana yang perlu menjadi polis dan pihak mana yang perlu menjadi pencuri.Setelah mendapat tahu siapa polis dan pencuri,maka pihak pencuri perlu melarikan diri untuk mengelakkan dirinya dari ditangkap.Lari dan sembunyilah di mana sahaja (selagi di dalam zon yang dipersetujui pada awal permainan) untuk mengelakkan dirinya dari ditangkap 'pihak berkuasa'.Aku masih ingat lagi,pernah sekali kami bermain permainan ini sehingga hampir masuk waktu Mahgrib tapi masih juga belum tamat kerana kegagalan menangkap seorang lagi 'pencuri'.Keesokkannya baru kami dapat tahu,yang seorang 'pencuri' itu sebenarnya telah 'diseret' balik ke rumah oleh pihak berkuasa yang sebenar iaitu 'Bapaknya!!"."

"Patutlah kitaorang cari ko tak jumpa-jumpa.Sampai Mahgrib tau tak!!.."bentak kami beramai-ramai sambil terdengar juga suara-suara mengejek disebab dia kena tarik telinga.

Kini zaman semakin moden,semua permainan-permainan ini sudah kurang dimainkan."Sound-track"2x ini pun sudah semakin jarang didengar.Aku rindu zaman kanak-kanak aku.Walaupun hidup tidaklah semewah mana,tapi aku dan rakan-rakan tetap gembira ketika melayari zaman kanak-kanak.Luka di lutut,tangan merah kena sepak,punggung sakit kena tolak,baju bau busuk kena peluh semuanya pernah aku rasa.Tapi aku tidak pernah berdendam dan berhasad-dengki sesama rakan-rakan kerana aku ketika itu hanyalah kanak-kanak yang inginkan keseronokkan dan menikmati hidup.

Alangkah indahnya dunia ini jika kita yang dewasa ini mampu merubah hati menjadi bersih seperti zaman kanak-kanak kita dahulu.Percayalah dengan menjadi pemaaf dan berhati bersih hidup kita akan lebih aman dan sempurna.Dan apabila hati kita sudah bersih,barulah kita akan menikmati hidup ini seadanya dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi.

Monday, May 24, 2010

Ibuku Seorang Pembohong!!


Salam semua..
Terjumpa satu kisah menarik di laman web Jabatan Agama Islam Perak yang dikira amat menarik dan harus dikongsikan bersama.Hayati kisah ini betul-betul.Semoga ianya memberi manfaat..
-------------------------------------------

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

------------------------------------------------------------------------------
p/s : Kisah yang amat menyentuh hati.Ibu akan sentiasa memastikan anaknya mendapat yang terbaik sahaja.Tetapi dirinya sendiri..aduhai ibu/emak/umi/mama...

Thursday, May 20, 2010

Rahsia Melalui Tulisan




Ada yang mengatakan kita boleh mengenal secara peribadi seseorang dengan hanya melihat tulisan tangan mereka.Sejauh mana kebenaran ini.

Mari kita lihat hasil kajian yang dijalankan oleh Dato Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah berkaitan 'Rahsia Melalui Tulisan'.


Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Sumber feryco.com


Top-10 Casinos by Number of Employees


Hari ini terbaca satu berita berkaitan 'kejayaan' casino di Malaysia yang berjaya meletakkan namanya di persada dunia dengan menduduki tempat 'PERTAMA' di dalam senarai 'Top-10 Casinos by Number of Employees'.

Syarikat Perjudian Malaysia berjaya mengalahkan kelab perjudian terbesar dunia hatta di Las Vegas, USA!!.Sesungguhnya tiada agama atau ajaran di dunia ini yang 'menghalalkan' perjudian di kalangan masyarakatnya.Hanya mereka-mereka yang inginkan 'kekayaan cepat' dan tidak mempunyai moral yang tinggi sahaja sukakan aktiviti ini.

Adakah mungkin sedikit masa lagi,akan kelihatan dua lagi syarikat dari Malaysia tersenarai dalam senarai ini berikutan sebuah lagi syarikat berjaya memperolehi lesen judi bola sepak sempena Piala Dunia baru-baru ini.Kita tunggu dan lihat.

Top-10 largest casinos by number of employees


1.) Casino de Genting (Malaysia) – 13,000
2.) Foxwoods Resort Casino (Connecticut) – 10,220
3.) Mohegan Sun Casino (Connecticut) – 10,000
4.) Bellagio (Las Vegas) – 9,700
5.) MGM Grand (Las Vegas) – 9,000
T-6.) Mandalay Bay (Las Vegas) – 8,000
T-6.) Sands Macao (China) – 8,000
8.) Caesar's Palace (Las Vegas) – 7,500
9.) Borgata (Atlantic City) – 7,000
10.) Atlantis Resort and Casino (Bahamas) – 6,500

Klik disini untuk berita sepenuhnya.

Tuesday, May 18, 2010

60 Petua Mendapatkan Pasangan Hidup

Entry kali ini khas untuk mereka-mereka yang masih membujang dan sedang tercari-cari pasangan hidup yang sesuai.Ikuti tip-tip menarik yang diberikan oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ini dan semoga ianya mampu untuk dijadikan panduan.

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


sumber News@Feryco

Kisah 'Billionaire Murtad' Paling Bodoh Di Dunia

Tahun 2006, Elie Youssef Najem mendakwa bahawa beliau adalah seorang Doktor (Dr.) serta ‘Billionaire’ yang ketiga paling kaya dengan harta bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) dan mahu mendermakan RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna). Tindakan beliau itu kononnya dibuat setelah menyaksikan hidup anak perempuannya terseksa akibat leukemia sehingga menghembuskan nafas terakhir. Beliau juga dilaporkanturut mengidap barah otak dan kaki cacat akibat penyakit ‘Multiple Sclerosis’. Tetapi hingga kini Makna tak dapat satu sen pun dari ‘hartanya yang banyak itu’.

Penipuan beliau mulai terbongkar pada tahun yang sama melalui kes sijil nikah palsunya bersama seorang wanita tempatan, Farinnie Mohd. Farid yang ketika itu hanya berusia 19 tahun.

Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengesahkan sijil nikah beliau sebagai palsu kerana menyatakan lokasi perkahwinan di Serdang, Kulim sedangkan alamat rasmi sebenar yang dikeluarkan oleh JAIK untuk semua sijil nikah ialah Serdang, Bandar Baharu.

Nombor siri 033423 yang tertera pada sijil nikah milik Elie dikesan menyamai dengan seorang lagi lelaki yang bernikah dalam daerah Kubang Pasu.

Selain itu, Elie juga menggunakan nombor kad pengenalan palsu pada sijil perkahwinannya iaitu 651022-02-5036. Pemalsuan nombor kad pengenalannya adalah jelas kerana rakyat Malaysia dari kaum lelaki mempunyai nombor ganjil pada nombor terakhir sedangkan Elie mempunyai nombor genap iaitu 6.

JAIK turut mengesahkan bahawa `isteri’ Elie, Farinnie berasal dari Pandan Jaya, Kuala Lumpur dan bukannya Kedah, sebagaimana tertera pada sijil pernikahan berkenaan.

Setelah dikurniakan dua orang anak iaitu Prince Kovadis Elias Youssef Najem dan Nur Analeeza Sofya, akhirnya Farinnie memfailkan tuntutan cerai fasakh kepada Elie September tahun lepas.

Dua bulan sebelum kes perceraian itu difailkan seorang wanita yang didakwa kekasih gelap Elie, Rosalia Gachatlin Viray, 22 dari Filifina dijumpai mati setelah terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama.


Paling biadap, Elie secara terbuka mengaku telah murtad dari agama Islam dan memeluk agama Kristian setelah kes percerai beliau difailkan. Dengan bangganya, orang kaya gila dari Lubnan ini menayangkan kepada wartawan rantai salib yang dipakainya sebagai menunjukan kekafirannya. Beliau juga enggan ke Mahkamah Syaria bagi menyelesaikan kes perceraian atas alasan beliau bukan lagi Islam.

Dan akhirnya Allah menunjukan segala pembohongannya pada dunia melalui satu serbuan yang dibuat Polis ke atas bilik hotelnya semalam selepas mendapat aduan dari seorang pekerja di Hotel berkenaan.

Kebodohannya memberikan wang kertas bernilai US$500 kepada pekerja hotel berkenaan membongkar segala rahsianya.

Polis mengesahkan menemui wang kertas yang terdiri daripada 60 keping wang AS$1 juta selain 60 keping wang AS$100,000 dan 40 keping AS$500.

Polis mengesahkan bahawa Elie berada di negara ini sejak tujuh tahun lalu dan pasport miliknya telah ditahan pihak mahkamah berikutan perbicaraan kesnya sedang berjalan.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 489 (c) Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu.

sumber News@Feryco

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails