Advertising Space For Rent

Tuesday, May 18, 2010

Kisah 'Billionaire Murtad' Paling Bodoh Di Dunia

Tahun 2006, Elie Youssef Najem mendakwa bahawa beliau adalah seorang Doktor (Dr.) serta ‘Billionaire’ yang ketiga paling kaya dengan harta bernilai AS$46 bilion (RM175 bilion) dan mahu mendermakan RM1.01 bilion kepada Majlis Kanser Negara (Makna). Tindakan beliau itu kononnya dibuat setelah menyaksikan hidup anak perempuannya terseksa akibat leukemia sehingga menghembuskan nafas terakhir. Beliau juga dilaporkanturut mengidap barah otak dan kaki cacat akibat penyakit ‘Multiple Sclerosis’. Tetapi hingga kini Makna tak dapat satu sen pun dari ‘hartanya yang banyak itu’.

Penipuan beliau mulai terbongkar pada tahun yang sama melalui kes sijil nikah palsunya bersama seorang wanita tempatan, Farinnie Mohd. Farid yang ketika itu hanya berusia 19 tahun.

Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) mengesahkan sijil nikah beliau sebagai palsu kerana menyatakan lokasi perkahwinan di Serdang, Kulim sedangkan alamat rasmi sebenar yang dikeluarkan oleh JAIK untuk semua sijil nikah ialah Serdang, Bandar Baharu.

Nombor siri 033423 yang tertera pada sijil nikah milik Elie dikesan menyamai dengan seorang lagi lelaki yang bernikah dalam daerah Kubang Pasu.

Selain itu, Elie juga menggunakan nombor kad pengenalan palsu pada sijil perkahwinannya iaitu 651022-02-5036. Pemalsuan nombor kad pengenalannya adalah jelas kerana rakyat Malaysia dari kaum lelaki mempunyai nombor ganjil pada nombor terakhir sedangkan Elie mempunyai nombor genap iaitu 6.

JAIK turut mengesahkan bahawa `isteri’ Elie, Farinnie berasal dari Pandan Jaya, Kuala Lumpur dan bukannya Kedah, sebagaimana tertera pada sijil pernikahan berkenaan.

Setelah dikurniakan dua orang anak iaitu Prince Kovadis Elias Youssef Najem dan Nur Analeeza Sofya, akhirnya Farinnie memfailkan tuntutan cerai fasakh kepada Elie September tahun lepas.

Dua bulan sebelum kes perceraian itu difailkan seorang wanita yang didakwa kekasih gelap Elie, Rosalia Gachatlin Viray, 22 dari Filifina dijumpai mati setelah terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama.


Paling biadap, Elie secara terbuka mengaku telah murtad dari agama Islam dan memeluk agama Kristian setelah kes percerai beliau difailkan. Dengan bangganya, orang kaya gila dari Lubnan ini menayangkan kepada wartawan rantai salib yang dipakainya sebagai menunjukan kekafirannya. Beliau juga enggan ke Mahkamah Syaria bagi menyelesaikan kes perceraian atas alasan beliau bukan lagi Islam.

Dan akhirnya Allah menunjukan segala pembohongannya pada dunia melalui satu serbuan yang dibuat Polis ke atas bilik hotelnya semalam selepas mendapat aduan dari seorang pekerja di Hotel berkenaan.

Kebodohannya memberikan wang kertas bernilai US$500 kepada pekerja hotel berkenaan membongkar segala rahsianya.

Polis mengesahkan menemui wang kertas yang terdiri daripada 60 keping wang AS$1 juta selain 60 keping wang AS$100,000 dan 40 keping AS$500.

Polis mengesahkan bahawa Elie berada di negara ini sejak tujuh tahun lalu dan pasport miliknya telah ditahan pihak mahkamah berikutan perbicaraan kesnya sedang berjalan.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 489 (c) Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu.

sumber News@Feryco

Thursday, May 13, 2010

Hukum Onani Lelaki & Wanita




Satu artikel yang menarik untuk dikongsikan bersama.Tajuk ini mendapat rating yang begitu tinggi di blog Ustaz Zaharuddin yang turut membawa makna ianya amat menarik dan bermanfaat.

Walaupun isu ini agak sensitif dan taboo untuk diperbincangkan,tapi itu tidak bermakna kita tidak perlu ambil tahu berkaitannya.Semoga bermanfaat.

Klik link di bawah untuk penjelasan lebih lanjut bekaitan tajuk di atas.

Hukum Onani Lelaki & Wanita
www.zaharuddin.net - Friday, 14 May 2010


Wednesday, May 12, 2010

"Bersabarlah Dengan Isterimu.."


Kisah dibawah khas untuk renungan para lelaki khususnya yang telah berkahwin.Bagi lelaki yang masih belum mendirikan rumah tangga,jadikan kisah dibawah satu tauladan dan panduan dalam menempuh alam rumah tangga sekaligus menjadi suami mithali.

--------------------------------------------------------------------------------

Diceritakan bahawa pada suatu hari ada seorang lelaki datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a untuk mengadukan perangai isterinya yang suka berleter hampir setiap hari.Apabila lelaki itu tiba di pintu rumah khalifah Umar,tiba-tiba dia terdengar isteri khalifah Umar sedang meninggikan sedikit suaranya kerana berleter sedangkan khalifah Umar hanya berdiam diri sahaja tanpa menjawab satu patah perkataan pun.

Mendengarkan hal itu,lelaki tersebut terus membatalkan niatnya untuk mengadu malah dengan tergesa-gesa beliau bergerak meninggalkan rumah khalifah Umar.

Sedang lelaki tersebut berlari meninggalkan rumah khalifah Umar,tiba-tiba beliau terdengar suara khalifah Umar memanggilnya dari belakang lalu berkata;

"Apa hajatmu datang ke mari?"

Jawab lelaki tersebut; "Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!"

Tanya Khalifah Umar; "Mengapa datang jika tidak ada apa-apa?"

Lelaki itu pun menjawab; " Sebenarnya saya datang ke sini untuk mengadukan hal kelakuan buruk isteri saya yang suka berleter,wahai Amirul Mukminin.Tapi setibanya saya di rumah tuan tadi,saya dapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya."

Berkatalah Khalifah Umar r.a;

"Wahai saudaraku!Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku amat terhutang budi kepadanya.Dia telah memasak makananku,membuat roti untukku,membasuh pakaianku dan menyusukan anakku,walhal semua itu tidak wajib atasnya.Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung dari melakukan maksiat.Bagaimana dapat aku menentangnya?Disebabkan itu, aku hanya bersabar dan memekakkan telinga sahaja."

Sambungnya lagi; "Wahai saudaraku!Bersabarlah di atas kelakuan isterimu itu!."

----------------------------------------------------------------------------------

p/s : Berapa ramai lelaki yang boleh menahan diri apabila isterinya berleter?Lihatlah bagaimana cara seorang khalifah yang begitu hebat di medan perang ini mengawal perasaannya apabila berhadapan dengan parangai isterinya.Maka banyakkanlah bersabar wahai para suami (termasuk diriku juga) apabila isterimu berleter dan biarlah sekali-sekala dia lepaskan apa yang terbuku dihati.Bantu apa yang patut dan berbincanglah secara bijak jika terdapat sebarang isu.

Monday, May 10, 2010

Dugaan & Ujian Hidup

Memang mudah untuk bersikap sabar dan bijaksana tentang kepedihan dan keperitan hidup orang lain.Tapi bila musibah atau dugaan datang melanda diri mereka sendiri,mereka akan mula menyalahkan itu dan ini."Mengapa dunia ini terlalu kejam"
"Mengapa takdir selalu tidak menyebelahi aku""Mengapa aku diseksa begini"

Kita sering melihat kesengsaraan orang lain dalam menempuh hidup ini di kaca-kaca tv.Perhatikan sahaja ayat-ayat klise dari pengunjung yang datang menghulurkan bantuan. "Bersabarlah,berusahalah,berdoalah.." tetapi yang menanggung seksa dan sengsaranya hanya tuan punya badan yang tahu.

Apabila melihat si polan kita berkata "Kemalangan yang menyebabkan anaknya terbunuh 5 tahun lalu telah banyak mengajarnya menjadi pemandu yang lebih berhemah"
Atau mungkin bila kita melihat si anu kita akan berkata "Mungkin disebabkan dia gagal dalam permohonan kerjanya 10 tahun lalu,dia kini seorang peniaga yang sangat berjaya".

Kita semua setuju "Cabaran menjadikan kita lebih gagah".Tapi bila kita menghadapi cabaran,seringkali kita tidak gembira menyambutnya.Kita akan berkata "Ya Allah,mengapa ini terjadi?Berilah aku cabaran yang selesa!".Malangnya cabaran sebenar tidak pernah selesa.

Pasti kita pernah mengatakan "Indahnya hidup si dia,alangkah baiknya jika aku berada di tempatnya".Tapi perlu kita ingat,yang kita nampak hanyalah luaran,dalamannya kita tidak pasti.Setiap manusia sebenarnya ada ujian dan dugaannya yang tersendiri,cuma bila dan bagaimana sahaja yang membezakan.

Jika kita imbas semula perjalanan hidup ini,pelbagai dugaan dan ujian pernah kita lalui.Setiap daripada kejadian,'kemalangan',pertemuan,kesedihan,kepayahan,kesempitan wang dan kegagalan yang telah banyak mengajar kita erti hidup.Tak salah juga jika dikatakan,apabila direnung kembali setiap 'bencana' yang berlaku sebenarnya merupakan sebahagian daripada rancangan besar dan juga satu siri pembelajaran yang tersusun amat baik sekali.Setiap satu peristiwa akan membawa kita kepada peristiwa yang berikutnya.Itulah yang dikatakan takdir ketentuan Tuhan.Akal fikiran kita tidak mampu menjangkau terlalu jauh tentang satu kepastian.

Bila kita menerima satu-satu ujian atau dugaan kita sering mengatakan "Apakah dosaku sehingga ditimpa ujian sebegini".Namun satu masa kelak baru kita sedar bahawa peristiwa buruk itu sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangan besar yang akan membawa kita kepada peristiwa yang berikutnya.
Ingatlah yang kita hidup di dunia ini hanyalah sementara,yang tetap kekal dan abadi hanya diriNYA.Selagi kita bernama manusia yang bernafas di muka bumi ini,ujian dan cabaran akan tetap terus berlaku.Apa yang mampu kita buat hanyalah berdoa kepadaNYA agar tidak dibebani ujian dan dugaan yang tidak mampu kita pikul.Janganlah hanya menyalahkan takdir dan orang lain bila berhadapan dengan sebarang bencana kerana setiap manusia pasti akan berhadapan dengan masalahnya sendiri.Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapinya.Pohonlah kepadaNYA agar diberi kekuatan dalam menghadapi ujian dan dugaan kerana kita ini hanyalah hambanya yang lemah. -persepsi minda-

Contoh Surat Memohon Cuti 'Terbaik'




Entry kali ini khas untuk mereka yang suka/bakal/sedang memikirkan alasan untuk memohon cuti.
Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda ingin bercuti tapi tidak tahu alasan apa yang hendak diberi pada bos,prof atau cikgu anda?.

Lihat gambar di bawah untuk melihat antara contoh surat 'terbaik' yang dikarang untuk memohon cuti yang boleh dijadikan 'panduan'.(Panduan untuk kena 'smack-down')


Aku rasa surat ini dibuat mesti masa peperiksaan.Mungkin pelajar ini tengok tajuk soalan agak-agak senang jer,terus jerlah mula mengarang.Kalau aku jadi cikgu dia,confirm aku buat kelas tambahan untuk pelajar nie.Tak mau ada cerita seram kat surat MC pliss..

p/s : Agak-agaknyalah apalah maksud perkataan cina tu ya?

Sunday, May 2, 2010

Kisah Waktu Maghrib

Antara babak menarik antara seorang ayah (aku ) dan anaknya (Mu'az)

Lokasi : Rumah,JB
Waktu : Maghrib (7.20pm)
Plot : Azan Maghrib sedang berkumandang di TV

Ayah : Mu'az cuba diam sekejap,kan azan tu,tak baik tau bising-bising time azan..
Mu'az : (sigh)..mata memberi fokus pada TV
Mu'az ingat nak pergilah tempat nie..(sambil tangan keciknya menunjuk kearah TV yang memaparkan gambar masjid)
Ayah : Nak gie mana?Masjid?
Mu'az : errmm
Ayah : Nak buat apa?Mu'az nak solat kat sini ker?
Mu'az : A'ah..pastu Mu'az ingat nak doalah kat sini..
Ayah : Mu'az nak doa apa?
Mu'az : Mu'az nak doalah kat Allah.Mu'az nak mintak mainan banyak-banyak.Nanti Mu'az boleh main-main kat rumah,barulah tak boring..
Ayah : (speechless)...
---------------------------------------------------------------------------------

Lokasi : Rumah,JB
Waktu : Maghrib (7.45pm)
Plot : Selesai solat mahgrib bersama Mu'az

Ayah : Mu'az nanti jap,duduk dulu,belum baca doa lagi..
Mu'az : (sigh)..
Ayah : Tadah tangan tu betul-betul,pastu Mu'az doalah apa yang Mu'az nak.Mintak jadi budak baik ker,belajar pandai ker..

Sambil membaca doa,mata aku menjeling melihat mulut Mu'az yang duduk disebelah terkumat-kamit membaca sesuatu sambil menadah tangan

Ayah & Mu'az : Amin..
Ayah : Mu'az dah doa?Mu'az doa apa tadi..
Mu'az : Mu'az doalah kat Allah mintak ayah ngan ibu jadi kaya ngan tak sakit..
Ayah : Wah baguslah Mu'az nie..Kenapa Mu'az nak ayah ngan ibu jadi kaya..
Mu'az : Memanglah..kalau ayah ngan ibu kaya,boleh belikan mainan Mu'az banyak-banyak,Thomas ker,Bob The Builder ker,Lego besar ker(Mega Block)..nanti boleh Mu'az main kat rumah..pastu kita boleh jejalan,kat Singapore ker..best tau ayah..
Ayah : errr...Aminnn......

p/s : Inilah akibatnya jika terlalu dimanjakan dengan mainan oleh pakcik/makcik/nenek dan ayahnya sendiri.Dia lupa agaknya yang kat bilik dia tu dah dekat 3 beg mainan yang tersimpan.Itu belum kira lagi 2 kotak lego yang belum dibuka (dapat hadiah).Tapi apapun yang penting Mu'az tau,yang bila kita nak sesuatu kita perlu berdoa..Alhamdullillah..

Tuesday, April 27, 2010

Wadget Iklan Untuk e-Store (Stormreaders)-Kedai Buku Online


Salam khas khususnya kepada sahabat di Stormreaders.

Saya ada membuat wadget banner iklan yang sesuai utk diletakkan di blog/website anda bagi tujuan promosi.Ia sungguh mudah digunakan iaitu dengan hanya menggunakan cara 'copy & paste' kod html yang disediakan untuk diletakkan di laman web anda.

Jika berminat (dengan izin pihak Stormreaders) mendapakan wadget seperti itu,sila maklumkan kepada saya untuk dapatkan code html anda berserta dgn alamat eStore.

Diharap usaha saya sekecil ini dapat membantu sesama kita.

p/s : Dapatkan wadget iklan anda dengan hanya 'copy & paste' kod hmtl yang disediakan di bawah banner iklan di sebelah untuk diletakkan di blog/website.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails