Advertising Space For Rent

Thursday, June 3, 2010

Lagi Cubaan Menipu


Ini bukan kes baru,dah selalu sangat kita dengar orang kena tipu dengan dengan email sebegini.Tapi yang peliknya,walaupun selalu berita-berita ini keluar surat-khabar,masih ramai juga yang terjebak.

Pagi tadi buka jer email,aku dapat 2 email sebegini.Dia ingat aku nak percaya ker?Yang menjadi lebih kelakar tu,bila masa pula 'Maybank' dapat tau alamat email aku.Takkan masa isi borang bukak akaun?Aku pakai alamat email nie baru 2 tahun,tapi aku dah ada akaun Maybank sejak 13 tahun dulu tau tak!!Kantoi..

Siapalah punya kerja nie.Senang-senang jer nak ambil duit orang.Halal haram tak perlu ceritalah.Orang-orang sebegini sebenarnya mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.Mungkin pada andain mereka dalam 100 email yang di hantar,1 sangkut pun dah cukup baik.Balik modal!!.Balik modal kerana semangnya tiada modal yang dikeluarkan!!.

Kepada mereka-meraka ini,berhentilah buat benda-benda tak berfaedah sebegini.Taktik hantar email untuk 'rampas' kata laluan orang macam nie dah klise sangatlah.Kalau betul tak ada kerja,buat resume pastu cari kerja kat Jobstreet ker,Mudah.com ker,SPA pun boleh.Banyak kerja menanti.Bukan sahaja rezeki itu lebih berkat,malah hidup korang pun lebih aman sebab tak kena sumpah seranah.

1 comment:

koko cokelat said...

saye selalu jugak dpt email dr Maybank dan mmg xpenah bukak la emel tuh sbb fikir scr logik saye xpenah ade akaun Maybank. Ni keje org nak kaut duet org la ni. Ape la nak jadi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails