
"Mengapa takdir selalu tidak menyebelahi aku""Mengapa aku diseksa begini"
Kita sering melihat kesengsaraan orang lain dalam menempuh hidup ini di kaca-kaca tv.Perhatikan sahaja ayat-ayat klise dari pengunjung yang datang menghulurkan bantuan. "Bersabarlah,berusahalah,berdoalah.." tetapi yang menanggung seksa dan sengsaranya hanya tuan punya badan yang tahu.
Apabila melihat si polan kita berkata "Kemalangan yang menyebabkan anaknya terbunuh 5 tahun lalu telah banyak mengajarnya menjadi pemandu yang lebih berhemah"
Atau mungkin bila kita melihat si anu kita akan berkata "Mungkin disebabkan dia gagal dalam permohonan kerjanya 10 tahun lalu,dia kini seorang peniaga yang sangat berjaya".
Kita semua setuju "Cabaran menjadikan kita lebih gagah".Tapi bila kita menghadapi cabaran,seringkali kita tidak gembira menyambutnya.Kita akan berkata "Ya Allah,mengapa ini terjadi?Berilah aku cabaran yang selesa!".Malangnya cabaran sebenar tidak pernah selesa.
Pasti kita pernah mengatakan "Indahnya hidup si dia,alangkah baiknya jika aku berada di tempatnya".Tapi perlu kita ingat,yang kita nampak hanyalah luaran,dalamannya kita tidak pasti.Setiap manusia sebenarnya ada ujian dan dugaannya yang tersendiri,cuma bila dan bagaimana sahaja yang membezakan.

Bila kita menerima satu-satu ujian atau dugaan kita sering mengatakan "Apakah dosaku sehingga ditimpa ujian sebegini".Namun satu masa kelak baru kita sedar bahawa peristiwa buruk itu sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangan besar yang akan membawa kita kepada peristiwa yang berikutnya.

4 comments:
huhu...hari2 macam merintih tak dapat kerja lagi
tapi slalu pujuk diri sendiri mesti ade hikmah disebaliknye
tengs mengingatkan (-_o)v
>huda : sangat benar huda..kita tak tau apa perancanganNYA untuk kita di masa hadapan.apa yg mampu kita buat manfaatkanlah masa yang ada,teruskan usaha & berdoa kepadaNYA..
sebut berkaitan susahnya 'mencari kerja',sy pernah mengalaminya dulu & sangat faham situasinya..teruskan usaha..InsyaAllah..
dugaan banyak mematangkan kita dalam kehidupan. jangan pernah menyesal dengan apa yang terjadi. pasti akan ada hikmahnya sama ada kita nampak atau x nampak.
>oh malaysia:setuju sgt.dugaan mmg bukan utk dikesalkan tp utk dijadikan pelajaran dalam meneruskan kehidupan..
Post a Comment