Advertising Space For Rent

Sunday, May 2, 2010

Kisah Waktu Maghrib

Antara babak menarik antara seorang ayah (aku ) dan anaknya (Mu'az)

Lokasi : Rumah,JB
Waktu : Maghrib (7.20pm)
Plot : Azan Maghrib sedang berkumandang di TV

Ayah : Mu'az cuba diam sekejap,kan azan tu,tak baik tau bising-bising time azan..
Mu'az : (sigh)..mata memberi fokus pada TV
Mu'az ingat nak pergilah tempat nie..(sambil tangan keciknya menunjuk kearah TV yang memaparkan gambar masjid)
Ayah : Nak gie mana?Masjid?
Mu'az : errmm
Ayah : Nak buat apa?Mu'az nak solat kat sini ker?
Mu'az : A'ah..pastu Mu'az ingat nak doalah kat sini..
Ayah : Mu'az nak doa apa?
Mu'az : Mu'az nak doalah kat Allah.Mu'az nak mintak mainan banyak-banyak.Nanti Mu'az boleh main-main kat rumah,barulah tak boring..
Ayah : (speechless)...
---------------------------------------------------------------------------------

Lokasi : Rumah,JB
Waktu : Maghrib (7.45pm)
Plot : Selesai solat mahgrib bersama Mu'az

Ayah : Mu'az nanti jap,duduk dulu,belum baca doa lagi..
Mu'az : (sigh)..
Ayah : Tadah tangan tu betul-betul,pastu Mu'az doalah apa yang Mu'az nak.Mintak jadi budak baik ker,belajar pandai ker..

Sambil membaca doa,mata aku menjeling melihat mulut Mu'az yang duduk disebelah terkumat-kamit membaca sesuatu sambil menadah tangan

Ayah & Mu'az : Amin..
Ayah : Mu'az dah doa?Mu'az doa apa tadi..
Mu'az : Mu'az doalah kat Allah mintak ayah ngan ibu jadi kaya ngan tak sakit..
Ayah : Wah baguslah Mu'az nie..Kenapa Mu'az nak ayah ngan ibu jadi kaya..
Mu'az : Memanglah..kalau ayah ngan ibu kaya,boleh belikan mainan Mu'az banyak-banyak,Thomas ker,Bob The Builder ker,Lego besar ker(Mega Block)..nanti boleh Mu'az main kat rumah..pastu kita boleh jejalan,kat Singapore ker..best tau ayah..
Ayah : errr...Aminnn......

p/s : Inilah akibatnya jika terlalu dimanjakan dengan mainan oleh pakcik/makcik/nenek dan ayahnya sendiri.Dia lupa agaknya yang kat bilik dia tu dah dekat 3 beg mainan yang tersimpan.Itu belum kira lagi 2 kotak lego yang belum dibuka (dapat hadiah).Tapi apapun yang penting Mu'az tau,yang bila kita nak sesuatu kita perlu berdoa..Alhamdullillah..

9 comments:

Kazaztan Team said...

bape umor die..pandai betuii...

~ yus ~ said...

hahhaha.. cumelnyer adik Muaz ni tau.. tolong.. cubitkan pipi kanan dia tu.. nakal eh? hahahhaa :D

masterly02 said...

>kazaztan : bulan 9 nie masuklah 4 tahun.tp mulut mmg peramah,mlm nak tido pun ada jer cerita dia..ahaks

>yus : nakal yang kadang2 menyebabkan ayah & ibu dia boleh kena darah tinggi..haha,tp cm mana pun seronok tgk dia membesar..:)

Oh Malaysia said...

comel je muaz ni. nak mainan banyak2 lagi. hehe...

md nasir said...

>oh malaysia : x pernah puas ngan mainan..budak2..kita dulu masa umur2 cam dia agaknya sama gakkan..

TUKANG KATA said...

:)

tersenym sampai ke telinga membaca en3 ni sambil membayangkan telatah muaz tu..

moga dia sentiasa menjadi anak soleh i.Allah

tq bertandang ke blog saya..blog anda menarik...saya follow anda! tq.

md nasir said...

>tukang kata:satu-satunya (buat masa nie..n_n) penghibur hati..
amin..
thanks coz be my follower..

farra8979 said...

ek, asyik ingat hadiah je ek...

Md Nasir said...

>farra:tulah psl..mungkin dia ingat hari2 birthday dia kot..
sekali-sekala bolehlah layan,kalau selalu mau 'berpuasa' bapak dia tiap2 hari..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails