Advertising Space For Rent

Wednesday, May 12, 2010

"Bersabarlah Dengan Isterimu.."


Kisah dibawah khas untuk renungan para lelaki khususnya yang telah berkahwin.Bagi lelaki yang masih belum mendirikan rumah tangga,jadikan kisah dibawah satu tauladan dan panduan dalam menempuh alam rumah tangga sekaligus menjadi suami mithali.

--------------------------------------------------------------------------------

Diceritakan bahawa pada suatu hari ada seorang lelaki datang ke rumah Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a untuk mengadukan perangai isterinya yang suka berleter hampir setiap hari.Apabila lelaki itu tiba di pintu rumah khalifah Umar,tiba-tiba dia terdengar isteri khalifah Umar sedang meninggikan sedikit suaranya kerana berleter sedangkan khalifah Umar hanya berdiam diri sahaja tanpa menjawab satu patah perkataan pun.

Mendengarkan hal itu,lelaki tersebut terus membatalkan niatnya untuk mengadu malah dengan tergesa-gesa beliau bergerak meninggalkan rumah khalifah Umar.

Sedang lelaki tersebut berlari meninggalkan rumah khalifah Umar,tiba-tiba beliau terdengar suara khalifah Umar memanggilnya dari belakang lalu berkata;

"Apa hajatmu datang ke mari?"

Jawab lelaki tersebut; "Tidak ada apa-apa wahai Amirul Mukminin!"

Tanya Khalifah Umar; "Mengapa datang jika tidak ada apa-apa?"

Lelaki itu pun menjawab; " Sebenarnya saya datang ke sini untuk mengadukan hal kelakuan buruk isteri saya yang suka berleter,wahai Amirul Mukminin.Tapi setibanya saya di rumah tuan tadi,saya dapati tuan hamba juga mengalami nasib yang sama seperti saya."

Berkatalah Khalifah Umar r.a;

"Wahai saudaraku!Aku terpaksa menanggung semua itu kerana aku amat terhutang budi kepadanya.Dia telah memasak makananku,membuat roti untukku,membasuh pakaianku dan menyusukan anakku,walhal semua itu tidak wajib atasnya.Dan dia juga menjadi tempat kemesraanku di mana hatiku berasa tenang dan kerana itu juga aku terlindung dari melakukan maksiat.Bagaimana dapat aku menentangnya?Disebabkan itu, aku hanya bersabar dan memekakkan telinga sahaja."

Sambungnya lagi; "Wahai saudaraku!Bersabarlah di atas kelakuan isterimu itu!."

----------------------------------------------------------------------------------

p/s : Berapa ramai lelaki yang boleh menahan diri apabila isterinya berleter?Lihatlah bagaimana cara seorang khalifah yang begitu hebat di medan perang ini mengawal perasaannya apabila berhadapan dengan parangai isterinya.Maka banyakkanlah bersabar wahai para suami (termasuk diriku juga) apabila isterimu berleter dan biarlah sekali-sekala dia lepaskan apa yang terbuku dihati.Bantu apa yang patut dan berbincanglah secara bijak jika terdapat sebarang isu.

4 comments:

hudamcgyver said...

assalamualaikum,

err..tak kisahlah untuk suami isteri ker

tapi, memafkan itu lebih baik dari bermasam kan

(*_o)y

Md Nasir said...

>huda:itulah sebaik-baiknya..kita masing2 pun ada kekurangan kan..

Amir Said said...

x suka perempuan berleter. saya pun kalau bengang memang kuat berleter gak.

md nasir said...

>amir:x ada lelaki sebenarnya suka pere,puan berleter.tp kalau dah terkena juga sabar sajalah..tp yg perempuan nya pulak jgnlah sampai berjam-jam berleternya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails