Advertising Space For Rent

Saturday, February 27, 2010

Sentap Betul Dengan Maxis


Sebagai pengguna line Maxis (Hotlink) semenjak lebih 8 tahun,baru-baru ini aku dapati ada yang tidak kena dengan 'charge' yang dikenakan.Kalau sekali dua jadi aku boleh maafkan (walaupun alasan system/network problem aku tak boleh terima sebenarnya),ini tidak semakin lama semakin merepek pula charge yang dikenakan.Aku tak pastilah orang lain kena atau tidak tapi yang pasti isteri aku pun kena benda yang sama.Aku geram betul dengan Maxis ini sekarang.Bayangkanlah bila aku buat panggilan telefon walaupun pangilan itu tidak berjawab,automatik prepaid aku di tolak RM 0.35 sen.Apahal pulakan.Semalam jadi lagi.Aku cuba membuat satu panggilan telefon ke sebuah pejabat,tapi mungkin disebabkan taliannya sibuk/sedang digunakan aku pun dengan pantas tekanlah butang merah kat handphone aku tu.Disebabkan ada urusan agak penting untuk aku selesaikan,aku cuba dail semula nombor telefon pejabat berkenaan 4-5 kali tapi tetap juga keluar suara 'ala-ala manja' operator "The number that you have dial is busy...".

Tiba-tiba aku terfikir untuk semak baki prepaid yang tinggal.Rupa-rupanya memang confirm aku dah terkena lagi-RM1.75 ditolak semasa sesi pendaillan semula-
Apahal dia nak tolak prepaid kita sebanyak itu.Panggilan tersebut pun bukan dijawab.Takkanlah aku ini dikenakan charge kerana mendengar suara 'ala-ala manja' operator.Aku pun tak nak cakap dengan dialah En Maxis ooii.Isk Geram betullah!! (mungkin ini bahasa paling lembut yang aku boleh gunakan di sini sebelum blog ini di chop sebagai 18sx/18sg).
Sentap aku dengan Maxis sekarang ini.Nasib baik Broadband aku ini pakai Celcom.Aku nak tengok lagi 2-3 hari ini,jika jadi lagi memang confirmlah aku akan beralih kesetianku kepada Celcom pula.Bukan susah pun sekarangkan,nombor masih boleh dikekalkan,cuma operator pengedali sahaja yang berubah.Jadi awas Maxis,jika perkara ini berterusan maka kamu akan hilanglah 2 orang (aku dan isteri) pelangganmu yang cukup setia ini dari senarai pelanggan setia kamu.

Thursday, February 25, 2010

Biodata & Kronologi Hidup Nabi Muhammad S.A.W


Sempena dengan sambutan Maulidul Rasul pada hari ini 26/02/2009 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1431 hijrah mari kita bersama-sama mengimbas kembali latar belakang dan kronologi hidup baginda Nabi Muhammad S.A.W untuk manfaat kita bersama.
Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta".
Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). · Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya
USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). · Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib
USIA 8 TAHUN · Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. · Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). · Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu
USIA 20 TAHUN · Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. · Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah
USIA 25 TAHUN · Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. · Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. · Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. · Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham
USIA 35 TAHUN · Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. · Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. · Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut
USIA 40 TAHUN · Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman
USIA 53 TAHUN · Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. · Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M
USIA 63 TAHUN · Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

* Khadijah Binti Khuwailid.

* Saudah Binti Zam'ah.

* Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).

* Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).

* Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.

* Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).

* Zainab Binti Jahsy. § Maimunah Binti Harith.

* Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.

* Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 2. Hamzah 3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah
2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
5. Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia Agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA : Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. -persepsi minda-

Tuesday, February 23, 2010

Kenangan Cerita "Hikayat Sang Kancil & Monyet"

Pagi tadi masa tengah pandu kereta nak datang pejabat aku pun layanlah HotFM.Topik yang dibualkan oleh FBI dan Fafau kali ini berkaitan dengan 'Tamak'.Ramai jugaklah 'caller' yang telefon untuk mengulas isu ini.Ada yang memberi gambaran 'tamak' dari segi positif dan ada juga yang memberi gambaran 'tamak' dari segi negatif.

Sambil aku layan dengar 'caller' bagi pendapat dan juga jalan 'jammed' di depan mata,aku tersentak sekejap bila mendengar satu sedutan klip video berkaitan tajuk 'tamak'.Sedutan yang diambil dari cerita "Hikayat Sang Kancil & Monyet" terbitan Filem Negara Malaysia yang kerap disiarkan di TV sekitar awal tahun 90-an.


Dengar sahaja lagu 'soundtrack'nya sudah cukup membuatkan aku tersenyum sendiri.Teringat aku masa zaman sekolah rendah dulu.Pagi-pagi kalau 'ponteng' sekolah kat rumah (demam/bangun lambat..-alasan-haha) mesti layan cerita nie kat Tv Pendidikan.Wah!!What a memory!!


Terima kasihlah HotFm kerana mengingatkan aku balik zaman sekolah-sekolah dulu.Memang seronok!!Aku yakin rakan-rakan yang sebaya dengan aku mesti ingat juga cerita-cerita sebegini.Masa tu mana ada lagi cerita kartun/animasi bahasa Melayu macam KluangMan,Anak-Anak Sidek & Upin-Ipin.Nak tak nak kenalah layan cerita-cerita hikayat.Walaupun jalan ceritanya agak mudah,yang penting pada aku adalah 'moral of the story'.Memang bagus cerita-cerita sebegini.
Tapi kenapalah sekarang dah kurang cerita-cerita hikayat macam nie.Mungkin juga zaman sudah berubah,pemikiran kanak-kanak juga berlainan.Apapun pada aku,cerita-cerita hikayat sebegini sememangnya pernah membuatkan aku terhibur satu ketika dulu.Dengan adanya Youtube,aku akan pastikan yang anak aku juga akan dapat menonton cerita-cerita ini sebagaimana aku satu ketika dulu.
Tonton "Hikayat Sang Kancil & Monyet" di sini : http://www.youtube.com/watch?v=j2V2V1nzMos

Kesan Kempen Tidak Rasmi Alam Siber

Lahirnya laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain lagi telah membawa perubahan besar kepada dunia perhubungan.Ia digunakan secara meluas bukan sahaja oleh remaja malah pemimpin negara sendiri menggunakan kemudahan ini bagi berhubung secara terus dengan orang ramai.



Walaupun ada pihak yang mengatakan yang laman sosial seperti ini boleh membawa keburukan atau lebih tepat lagi keruntuhan moral,pada aku apapun ianya terpulang pada si pengguna itu sendiri.Jika tujuan digunakan untuk mengeratkan sillaturrahim dan menyampaikan maklumat berguna pada aku tiada salahnya.Malah ternyata lama sosial seperti ini satu lagi 'penemuan' baru yang amat efektif dari segi perhubungan.


Namum sejak akhir-akhir ini aku perhatikan,laman web sosial ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung sesama rakan tapi ia juga digunakan bagi melancarkan kempen tidak rasmi terhadap sesuatu isu atau individu.Kempen yang aku maksudkan di sini adalah kempen yang berkaitan kecaman dan protes secara siber.


Kempen ini biasanya dilancarkan bagi menarik seramai orang yang boleh bagi menunjukkan sokongan terhadap kecaman sesuatu isu atau individu.Kempen seperti "Saya benci...","Kami mengecam..." & "Kami tidak akan..." adalah antara kempen yang sering dilancarkan bagi mendapatkan reaksi masyarakat.Persoalannya,adakah kempen sebegini berkesan?Pernahkah kita selidik dahulu asas kepada kempen berkenaan?

Aku tak mahulah jadi hipokrit dengan mengatakan yang aku tak pernah langsung sertai mana-mana kempen.Tapi kadang-kala aku terfikir juga,kempen seperti mengecam individu seperti artis adakah ianya patut diadakan?Bagi artis yang telah terbiasa dengan gosip dan kecaman dari masyarakat tentunya tidak memberi kesan besar,tetapi bagaimana pula dengan mereka yang baru?Tentunya kempen kecaman sebegini akan memberi kesan tekanan bukan sahaja pada diri individu tersebut,malah kaum keluarga mereka juga.

Mungkin pihak yang mengajurkan kempen sebegini akan berpandangan ianya adalah tindakan bagi memberi kesedaran terhadap kesilapan yang dilakukan oleh individu terbabit.Persoalannya,adakah tindakan sebegini sesuai dengan budaya masyarakat kita?Satu persoalan yang harus difikirkan bersama. -persepsi minda-

Monday, February 22, 2010

Cara Buat "Back-Up" Pada Blogger



Setelah berlaku kejadiaan blog aku diserang virus baru-baru ini sehingga aku terpaksa menutupnya terus,aku mula tercari-cari cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk membuat back-up pada blog baru aku ini.
Nak kata blog aku sebelum ini popular sangat tak adalah,tapi bila berlakunya kejadiaan blog kita 'jahanam' sehingga terpaksa di 'delete' terus dari blogspot,tentunya satu pengalaman yang agak mengerikan bagi aku.Bukan sahaja segala 'posting' kita sebelum ini hilang,malah 'follower' yang selama ini menjadi teman setia juga 'hilang' dari senarai.Sungguh sedih dan menyeramkan!!.
Dari kajian yang aku buat mengenai 'blogger back-up' ini,hasilnya aku dapati agak mendukacitakan kerana blog yang mengunakan platfom blogspot tidak mempuyai kemudahan 'auto up-date' untuk segala 'posting' atau 'comment' yang dibuat.Jika ingin membuat 'back-up',pengguna terpaksa menggunakan perisian pihak ketiga.Antara perisian yang boleh digunakan secara percuma adalah 'Codeplex' ( http://codeplex.com/bloggerbackup ) dan 'BlogBackupr' ( http://blogbackupr.com/ ). Download sahaja perisian yang disediakan dan ikuti langkah-langkah sebagaimana diarahkan.


Satu lagi cara yang boleh digunakan untuk membuat 'back-up' adalah dengan menggunakan blogger itu sendiri.Walaupun bukan secara 'auto up-date',namun masih boleh digunakan bagi mengelakkan perkara tidak diigini berlaku.Ianya lebih mudah tetapi perlu dilakukan setiap hari atau seminggu sekali mengikut kesesuaian masing-masing kerana kemudahan yang disediakan ini hanya membuat 'back-up' setakat hari dilakukan 'back-up' itu sahaja. Ikuti langkah-langkah ini :-

Klik "Setting" -> "Basic" -> "Export Blog"



Klik "Download Blog" dan "Save" fail XML pada komputer anda
Untuk 'upload' semula blog anda yang telah di buat back-up :-

Klik "Setting" -> "Basic" -> "Import Blog"

Aku harap info di atas dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.Jika ada tip-tip baru,bolehlah kongsi-kongsikan di sini.Dapat juga menambahkan ilmu.

Saturday, February 20, 2010

Demam Realiti TV













Masuk sahaja tahun baru maka bermulalah demam rancangan realiti TV di stesen-stesen TV tempatan.Dan tentunya rancangan sebegini menjadi tumpuan utama bukan sahaja penonton tapi ianya juga mampu menaikkan rating stesen TV berkaitan.






Aku tidak mahu menjadi hipokrit dengan mengatakan yang aku tidak suka atau layan rancangan sebegini.Bukan apa,adakalanya seronok melihat peserta-peserta yang menyertainya bertungkus lumus dalam mencapai apa yang dihajati.Pelbagai-bagai ragam manusia juga dapat dilihat dari rancangan sebegini.Bermula dari sesi pemilihan sehinggalah mereka ini berjaya masuk ke 'alam' realiti TV ini.Sememangnya rancangan sebegini berjaya menarik penonton terus kekal di depan TV setiap minggu.



Jika sebut sahaja rancangan realiti di Malaysia tentunya yang sangat terkenal dan berjaya adalah Akademi Fantasia.Biarpun ada pendapat mengatakan yang AF tidak mampu bertahan lama tapi diam tak diam sudah pun masuk musim ke-8.Menurut ASTRO,demam AF akan bermula pada bulan March akan datang.Kita tengoklah bersama-sama nanti bagaimana Norman Abd Halim selaku Pengetua untuk sesi tahun ini membawa arah tuju AF dan pelajar-pelajarnya.Agak teruja juga melihat Norman menerajui AF kali ini.Beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang nyayian,malah juga seorang yang cukup berjaya di dalam bidang perniagaan khususnya dunia hiburan.



Berbalik kepada rancangan realiti,secara jujurnya aku berpendapat bukan semua rancangan realiti ini membawa kebaikan kepada masyarakat.Teringat aku 3-4 tahun lepas perkara ini heboh diperkatakan sehingga mengundang komen daripada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata "Kita perlu mengkaji semula rancangan realiti ini. Saya rasa kita harus menelitinya semula, untuk melihat sama ada ia baik atau buruk tetapi kita tidak boleh sekadar meniru orang,".


Jika dilihat secara teliti,ada juga rancangan realiti yang boleh membawa kesan positif kepada penonton iaitu program yang bukan hanya tertumpu kepada hiburan semata-mata.Program realiti seperti Akademi Al-Quran,Cari Menantu,Bersamamu,The Apprentice dan The Bigger Loser pada aku banyak memberi maklumat dan motivasi kepada penonton.Tapi adakah rancangan sebegini mendapat rating yang sama sebagaimana rancangan realiti berbentuk hiburan?
Kesimpulannya kita sebagai ahli masyarakat perlulah bijak dalam memilih rancangan yang ingin ditonton.Pengusaha-pengusaha stesyen TV pula diharap tidak hanya mencedok terus konsep rancangan seperti ini daripada negara barat sebaliknya mereka juga harus lebih kreatif dalam mencipta dan mengolah agar ianya sesuai dan memberi manfaat kepada masyarakat.
p/s : Jangan hanya asyik mengundi peserta kegemaran untuk rancangan realiti TV,tetapi lupa untuk mendaftar sebagai pengundi di Malaysia kerana menurut statistik SPR terdapat lebih kurang 28% atau 4.39 juta rakyat Malaysia yang berumur lebih 21 tahun yang masih belum belum mendaftar sebagai pengundi sehingga akhir tahun lalu. -persepsi minda-

Wanita Disah Mati Hidup Semula

myMetro Wanita disah mati hidup semula

Bila aku terbaca sahaja berita ini ada dua pendapat yang berlegar-legar di minda :-

1) Allah Maha Besar.Kejadiaan seperti ini memberi kita peringatan bahawa sesungguhnya Allah itu maha Berkuasa ke atas tiap sesuatu.Tiada suatu yang mustahil bagiNYA.Mungkin inilah yang dikatakan 'peluang kedua'.Semoga individu terbabit dan kita semua sentiasa mendapat hidayah dariNYA.

2) Jika kejadiaan seperti ini berlaku terutamanya di kalangan bangsa Melayu,perkara utama yang terlintas oleh masyarakat kita aku rasa tentulah ianya berkaitan dengan ilmu hitam.Ada membela,saka,susuk dan macam-macam lagilah.Walaupun penjelasan dari segi saintifik diberikan,pasti pandangan seperti ini masih diperkatakan di kalangan masyarakat.
Tapi bila perkara seperti ini berlaku pada masyarakat lain,tidak pula 'dituduh' sebegitu.Pelik bukan? -persepsi minda-

Thursday, February 18, 2010

Nikah Koboi Di Asrama


myMetro Nikah koboi di asrama

"Macam-macam!!"
Itu yang mampu aku ucapkan bila terbaca berita ini.Yang lebih mengejutkan aku adalah perkara ini dilakukan oleh Pelajar IPTA tempatan.

Peluang berada di Menara Gading seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk menuntut ilmu.Mereka bukan sahaja mengalas tanggungjawab peribadi malah paling berat adalah memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ibu-bapa.

Memang benar berkahwin dapat mengelakkan diri dari melakukan maksiat,tapi adakah dengan cara begini?Atau pernikahan ini sekadar menghalalkan cara untuk melempiaskan nafsu?

Pernikahan tidak seharusnya di'koboi'kan sebegitu.Sah atau tidak pernikahan seperti ini biarlah pihak yang lebih berkuasa dan lebih arif tentukan.Pada aku sebelum pernikahan atau perkahwinan di jalankan perkara utama yang perlu di ambil berat adalah restu ibu-bapa.Jika pernikahan dijalankan secara begini,cuba bayangkan apa perasaan ibu-bapa bila mengetahuinya.Sanggupkah kita melukakan hati ibu-bapa kita dengan bertindak seperti ini?

Harap-harap perkara seperti ini segera dihentikan dan aku yakin pihak berkuasa akan bertindak bijak dalam menagani isu ini.

Kelebihan Bercium


Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan.Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Mari kita lihat diantara khasiatnya.

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.


* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.


* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.


* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.


Lagi Kelebihan Bercium


1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.


2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.


3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.


4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.


5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.


6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.


7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.


8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.
-------------------------------------------------------------------------------
p/s : "Cium Isteri/Suami dapat pahala,cium BF/GF dapat Dosa"-persepsi minda

Penulis 'Harry Potter ' Berdepan Saman Plagiat

Berita Harian-18/02/2010


SYDNEY: Penulis buku terkenal "Harry Potter", J K Rowling dinamakan sebagai individu dalam tuduhan 'mencuri' dan menciplak hasil tulisan seorang pengarang British.
Pemenang harta milik mendiang Adrian Jacobs semalam menamakan Rowling sebagai defendan dalam saman yang difailkan Jun lalu berhadap penerbit Bloomsbury Publishing PLC atas kesalahan hak cipta.
Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan akhbar wakil pemegang harta berkenaan yang kini berpejabat di Australia, semalam.

J K Rowling

Tindakan undang-undang itu difailkan di mahkamah London yang mendakwa buku tulisan Rowling, "Harry Potter and The Goblet of Fire" diambil daripada sebahagian buku tulisan Jacobs pada 1987 iaitu "The Adventures of Willy the Wizard - No. 1 Livid Land.

" Pemilik harta Jacobs juga mendakwa banyak lagi idea daripada buku "Willy the Wizard" diciplak ke dalam buku "Harry Potter".

Jacobs meninggal dunia pada 1997 di London.

"Harry Potter and The Goblet of Fire" adalah buku keempat dalam siri buku Rowling dan diterbitkan pada Julai 2000," kata kenyataan itu.

Pemegang harta Jacob, Paul Allen diwakili ejen dari Sydney, Max Markson.

"Saya menganggarkan nilai saman kes ini mencecah angka berbilion dolar Amerika," katanya. - AFP

Tuesday, February 16, 2010

Hebatnya Google Street View

Pasti ramai yang telah mengetahui dan menggunakan kemudahan Google Maps atau Google Earth yang disediakan secara percuma oleh pihak Google.Semasa mula diperkenalkan dulu,rasa seronok juga aku melayannya terutama sekali untuk mendapatkan peta bagi menuju ke destinasi yang belum pernah aku pergi.

Setelah agak lama aku tak melayan lagi Google Earth/Maps ini,baru-baru ini aku dapati telah berlaku satu perubahan yang agak 'menakjubkan' (bagi akulah).Aku terlintas untuk mengunakan Google Maps semula baru-baru ini setelah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan lama aku di Singapura.Walaupun agak biasa berulang-alik ke sana (atuk,pakcik,makcik & my father-in-law warganegara Singapura),lokasi majlis perkahwinan itu diadakan agak sukar untuk aku 'bayangkan'.


Dan disebabkan tiadanya sistem GPS dalam kereta aku,(bilalah aku dapat beli..ahaks..) aku pun cuba-cubalah cari peta bagaimana untuk menuju ke tempat majlis diadakan melalui Google.Bila aku taip sahaja perkataan 'Singapore Maps' keluarlah alamat laman web http://maps.google.com.sg/.

Setelah laman web itu dibuka,aku dapati terdapat satu 'human-icon' di atas peta yang dipaparkan yang setahu aku tidak terdapat di dalam 'Google Maps' sebelum ini.Tanpa mengetahui apa fungsinya 'human-icon' tersebut,aku pun cuba-cubalah zoom-in pada peta Singapura yang dipaparkan.Semasa aku zoon-in,aku juga cuba klik pada 'human-icon' itu yang aku dapati boleh di 'drag' pada peta.Dan bila sahaja 'icon' tersebut aku 'drag' pada peta,barulah aku tahu apa fungsinya 'icon' tersebut yang diberi nama 'Pageman'.


My-Gradmother House from Google Street View


Rupa-rupanya 'Singapore Google Maps' telah mempunyai aplikasi baru yang di sebut 'Google Street View' yang baru sahaja dilancarkan pada Disember 2009.Aplikasi ini membolehkan pengguna melihat dengan jelas imej sebenar kawasan sekitar di negara Singapura itu sendiri seolah-olah kita sedang berdiri di atas jalanrayanyat.Memang hebat!!



Bangunan Ngee Ann City di Orhard Road,Singapore


Kini pengguna bukan sahaja boleh merancang perjalanan mereka,malah turut mendapat gambaran sebenar keadaan sekeliling yang ingin ditujui dengan pandangan 360 darjah yang disediakan.Selain dari Singapura,negara lain yang mempuyai kemudahan ini adalah US, UK, Czech Republic, France, Italy, Mexico, the Netherlands, Portugal, Spain, Switzerland, Canada, Japan, Taiwan, Australia, dan New Zealand.

Dengan adanya 'penemuan baru' ini,nampaknya aku sudah ada aktiviti baru bagi menghilangkan bosan sewaktu di Internet.

p/s : Bilalah giliran Malaysia pula untuk mempuyai kemudahan seperti ini

Saturday, February 13, 2010

Blog Baru Telah Muncul!!

Kejadian diserang virus baru-baru ini benar-benar memberi aku pengalaman baru.Virus ini bukan sahaja menyerang komputer malah turut menyerang akaun Facebook dan juga blog aku yang sedia ada sebelum ini sehingga menyebabkan blog tersebut tidak lagi boleh 'beroperasi'.

Walaupun geram dan sakit hati dengan apa yang berlaku tapi pada aku ada hikmahnya.Selepas kejadiaan itu,aku kini lebih berhati-hati ketika berada di 'alam internet' dan mulai sedar akan berberapa perkara penting antaranya :-

1) Kemaskini selalu perisian "Antivirus"

2) Jangan sesekali membuka lampiran (attachment) yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali samada melalui email atau Facebook

3) Jangan sesekali klik pada sebarang link yang tidak dikenali

4) Untuk lebih 'selamat',taip sendiri alamat laman web yang ingin dikunjungi dan bukannya melalui link di search engine

5) Elakkan menggunakan sebarang 'free-widget' dari sumber yang tidak dikenali
Dengan rasa berat hatinya dengan ini aku terpaksa menggumumkan yang blog aku sebelum ini iaitu http://my-viewaddress.blogspot.com/ telah ditutup dan telah di tukar alamatnya kepada http://my-senseaddress.blogspot.com/

Diharap,rakan-rakan di blog sebelum ini akan terus memberi 'sokongan' (ewah) dengan lahirnya blog baru aku ini.Sebarang kesulitan yang berlaku amatlah dikesalkan.Bersama kita menentang serangan 'Virus Berdebah' ini!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails