Advertising Space For Rent

Saturday, February 13, 2010

Blog Baru Telah Muncul!!

Kejadian diserang virus baru-baru ini benar-benar memberi aku pengalaman baru.Virus ini bukan sahaja menyerang komputer malah turut menyerang akaun Facebook dan juga blog aku yang sedia ada sebelum ini sehingga menyebabkan blog tersebut tidak lagi boleh 'beroperasi'.

Walaupun geram dan sakit hati dengan apa yang berlaku tapi pada aku ada hikmahnya.Selepas kejadiaan itu,aku kini lebih berhati-hati ketika berada di 'alam internet' dan mulai sedar akan berberapa perkara penting antaranya :-

1) Kemaskini selalu perisian "Antivirus"

2) Jangan sesekali membuka lampiran (attachment) yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali samada melalui email atau Facebook

3) Jangan sesekali klik pada sebarang link yang tidak dikenali

4) Untuk lebih 'selamat',taip sendiri alamat laman web yang ingin dikunjungi dan bukannya melalui link di search engine

5) Elakkan menggunakan sebarang 'free-widget' dari sumber yang tidak dikenali
Dengan rasa berat hatinya dengan ini aku terpaksa menggumumkan yang blog aku sebelum ini iaitu http://my-viewaddress.blogspot.com/ telah ditutup dan telah di tukar alamatnya kepada http://my-senseaddress.blogspot.com/

Diharap,rakan-rakan di blog sebelum ini akan terus memberi 'sokongan' (ewah) dengan lahirnya blog baru aku ini.Sebarang kesulitan yang berlaku amatlah dikesalkan.Bersama kita menentang serangan 'Virus Berdebah' ini!!

6 comments:

JAI said...

perghh..tak buat backup ker bro?Dengar blogspot buleh buat backup kalau tak silap.Aku pun belom buat backup laie..hehehe

Anonymous said...

ala ciannyer..

Anis Zahorin said...

huhu..mesti tension gile kena serg virus

Unknown said...

takpe..sendra sedia sokong kamu!!

Md Nasir said...

>jai : backup mmg ada buat..tapi x bleh pakai jugak sebab virus tu ada kat code HTML..so kalau copy pun,virus tu still wujud.apa bleh buat..
>miloicekaw1119 : sob..sob..sedih gak nie..ahaks
>aku junsu : tension bro..sentap rasanya..
>sendra : tq very much bro..

apek said...

errr.. camne nak buat bekap tu.. ajar la wei..

aku igtkan guna blogspot selamat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails