Masuk sahaja tahun baru maka bermulalah demam rancangan realiti TV di stesen-stesen TV tempatan.Dan tentunya rancangan sebegini menjadi tumpuan utama bukan sahaja penonton tapi ianya juga mampu menaikkan rating stesen TV berkaitan.
Aku tidak mahu menjadi hipokrit dengan mengatakan yang aku tidak suka atau layan rancangan sebegini.Bukan apa,adakalanya seronok melihat peserta-peserta yang menyertainya bertungkus lumus dalam mencapai apa yang dihajati.Pelbagai-bagai ragam manusia juga dapat dilihat dari rancangan sebegini.Bermula dari sesi pemilihan sehinggalah mereka ini berjaya masuk ke 'alam' realiti TV ini.Sememangnya rancangan sebegini berjaya menarik penonton terus kekal di depan TV setiap minggu.
Jika sebut sahaja rancangan realiti di Malaysia tentunya yang sangat terkenal dan berjaya adalah Akademi Fantasia.Biarpun ada pendapat mengatakan yang AF tidak mampu bertahan lama tapi diam tak diam sudah pun masuk musim ke-8.Menurut ASTRO,demam AF akan bermula pada bulan March akan datang.Kita tengoklah bersama-sama nanti bagaimana Norman Abd Halim selaku Pengetua untuk sesi tahun ini membawa arah tuju AF dan pelajar-pelajarnya.Agak teruja juga melihat Norman menerajui AF kali ini.Beliau bukan sahaja berbakat dalam bidang nyayian,malah juga seorang yang cukup berjaya di dalam bidang perniagaan khususnya dunia hiburan.
Berbalik kepada rancangan realiti,secara jujurnya aku berpendapat bukan semua rancangan realiti ini membawa kebaikan kepada masyarakat.Teringat aku 3-4 tahun lepas perkara ini heboh diperkatakan sehingga mengundang komen daripada bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata "Kita perlu mengkaji semula rancangan realiti ini. Saya rasa kita harus menelitinya semula, untuk melihat sama ada ia baik atau buruk tetapi kita tidak boleh sekadar meniru orang,".
Jika dilihat secara teliti,ada juga rancangan realiti yang boleh membawa kesan positif kepada penonton iaitu program yang bukan hanya tertumpu kepada hiburan semata-mata.Program realiti seperti Akademi Al-Quran,Cari Menantu,Bersamamu,The Apprentice dan The Bigger Loser pada aku banyak memberi maklumat dan motivasi kepada penonton.Tapi adakah rancangan sebegini mendapat rating yang sama sebagaimana rancangan realiti berbentuk hiburan?
Kesimpulannya kita sebagai ahli masyarakat perlulah bijak dalam memilih rancangan yang ingin ditonton.Pengusaha-pengusaha stesyen TV pula diharap tidak hanya mencedok terus konsep rancangan seperti ini daripada negara barat sebaliknya mereka juga harus lebih kreatif dalam mencipta dan mengolah agar ianya sesuai dan memberi manfaat kepada masyarakat.
p/s : Jangan hanya asyik mengundi peserta kegemaran untuk rancangan realiti TV,tetapi lupa untuk mendaftar sebagai pengundi di Malaysia kerana menurut statistik SPR terdapat lebih kurang 28% atau 4.39 juta rakyat Malaysia yang berumur lebih 21 tahun yang masih belum belum mendaftar sebagai pengundi sehingga akhir tahun lalu. -persepsi minda-
2 comments:
banyak sungguh program realiti....
hhuhhhh...
pengundi diperlukan untuk menghabiskan duit....
lbh baik mendaftar jd pengundi SPR je..
hehhee
>mie : mmg banyak.nak2 awal2 tahun camnie.lepas habis satu program,sambung lagi satu program.
bila habis sahaja program seperti ini,yg terus maju adalah peserta yg menang,pengajur,stesen TV dan syarikat telekomunikasi.penonton?kepuasan?
terpulang pada individu masing-masing..
Post a Comment