Advertising Space For Rent

Saturday, February 27, 2010

Sentap Betul Dengan Maxis


Sebagai pengguna line Maxis (Hotlink) semenjak lebih 8 tahun,baru-baru ini aku dapati ada yang tidak kena dengan 'charge' yang dikenakan.Kalau sekali dua jadi aku boleh maafkan (walaupun alasan system/network problem aku tak boleh terima sebenarnya),ini tidak semakin lama semakin merepek pula charge yang dikenakan.Aku tak pastilah orang lain kena atau tidak tapi yang pasti isteri aku pun kena benda yang sama.Aku geram betul dengan Maxis ini sekarang.Bayangkanlah bila aku buat panggilan telefon walaupun pangilan itu tidak berjawab,automatik prepaid aku di tolak RM 0.35 sen.Apahal pulakan.Semalam jadi lagi.Aku cuba membuat satu panggilan telefon ke sebuah pejabat,tapi mungkin disebabkan taliannya sibuk/sedang digunakan aku pun dengan pantas tekanlah butang merah kat handphone aku tu.Disebabkan ada urusan agak penting untuk aku selesaikan,aku cuba dail semula nombor telefon pejabat berkenaan 4-5 kali tapi tetap juga keluar suara 'ala-ala manja' operator "The number that you have dial is busy...".

Tiba-tiba aku terfikir untuk semak baki prepaid yang tinggal.Rupa-rupanya memang confirm aku dah terkena lagi-RM1.75 ditolak semasa sesi pendaillan semula-
Apahal dia nak tolak prepaid kita sebanyak itu.Panggilan tersebut pun bukan dijawab.Takkanlah aku ini dikenakan charge kerana mendengar suara 'ala-ala manja' operator.Aku pun tak nak cakap dengan dialah En Maxis ooii.Isk Geram betullah!! (mungkin ini bahasa paling lembut yang aku boleh gunakan di sini sebelum blog ini di chop sebagai 18sx/18sg).
Sentap aku dengan Maxis sekarang ini.Nasib baik Broadband aku ini pakai Celcom.Aku nak tengok lagi 2-3 hari ini,jika jadi lagi memang confirmlah aku akan beralih kesetianku kepada Celcom pula.Bukan susah pun sekarangkan,nombor masih boleh dikekalkan,cuma operator pengedali sahaja yang berubah.Jadi awas Maxis,jika perkara ini berterusan maka kamu akan hilanglah 2 orang (aku dan isteri) pelangganmu yang cukup setia ini dari senarai pelanggan setia kamu.

7 comments:

@fitridzulkifli said...

eh, ni nak bgtaw, guna la celcom exec. haaa. lagu best!






http://fitridzulkifli.blogspot.com

e~car182 said...

saya pernah kene yg line.maxis mmg gila dwet!dah byr bil full:600++ tiba2 ada la pulak bil smpai lg rm8!dah ptong tp ada baki forward!

Anonymous said...

memang macam sial maxis nie!!pasal coverage pon aku terkena..kat rumah aku nie selalu sangat coverage maxis tak ada..tapi duit nak laju ajer..bodoh punya company..tau nak untung aje..bro kau tukar je line celcom..aku pakai celcom okie jek..

nun alif nun alif said...

yup... gune celcom 1+5 lagi jimat... lagi jimat,, berbaloi-baloi...


http://kasutsaizlapan.blogspot.com/

Md Nasir said...

>fitri & nun alif: oo yer ker?good suggestions nie..nanti nak gie surveylah..thanks

>e~cari82 : tulah pasal.geramkan.RM8 for what?kenapa masa settle RM600++ dia x sebut sekali?..mmg nak kena tukar line jawabnya

>dizzydude : nasib baik broadband aku pakai celcom bro.celcom lg senang,register x der kontrak,kalo maxis kena ikat 2 tahun..tp mmg ramai yg complaint psl maxis punya broadbandlah,selalu down & slow..kalo bg diskaun kat bill x per gak..

hanis aleeya aka gadis sepi said...

nis guna youthclub je.. tak pernah lagi guna line. so tak tau..

Md Nasir said...

>hanis : sy pun x pernah lg pakai line.skrg nie pakai hotlink jer.tapi frust betul bila prepaid asyik kena tolak jer.banyak pulak tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails