Advertising Space For Rent

Tuesday, April 27, 2010

Wadget Iklan Untuk e-Store (Stormreaders)-Kedai Buku Online


Salam khas khususnya kepada sahabat di Stormreaders.

Saya ada membuat wadget banner iklan yang sesuai utk diletakkan di blog/website anda bagi tujuan promosi.Ia sungguh mudah digunakan iaitu dengan hanya menggunakan cara 'copy & paste' kod html yang disediakan untuk diletakkan di laman web anda.

Jika berminat (dengan izin pihak Stormreaders) mendapakan wadget seperti itu,sila maklumkan kepada saya untuk dapatkan code html anda berserta dgn alamat eStore.

Diharap usaha saya sekecil ini dapat membantu sesama kita.

p/s : Dapatkan wadget iklan anda dengan hanya 'copy & paste' kod hmtl yang disediakan di bawah banner iklan di sebelah untuk diletakkan di blog/website.

Monday, April 26, 2010

Perempuan Memang Tak Guna...


Aku percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana fakta yang tidak tepat, sila betulkan ya.

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini'Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik' 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. 'Penyakit dlm hati' adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstik sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik

Tuesday, April 20, 2010

Tips Khas Untuk Lelaki Pendek


Benarkah lelaki yang pendek dikatakan sukar mencari pasangan?Adakah benar lelaki pendek mudah merasa rendah diri terutamanya bila berhadapan dengan wanita yang lebih tinggi daripadanya?Atau adakah benar kenyataan yang menyatakan lelaki pendek kurang maskulin?

Bukan tujuan aku untuk membuat provokasi terhadap isu ini,tapi tujuan aku adalah untuk membantu.Membantu yang aku maksudkan disini bukan bermakna aku boleh 'tinggikan' lelaki pendek,tapi membantu sedikit sebanyak lelaki pendek agar 'kelihatan' lebih tinggi dari ukuran badan anda yang sebenar.Jika kita telah dikurniakan dengan badan yang pendek bukan bermakna kita perlu merasa rendah diri.Cara berpakaian dapat membantu sedikit-sebanyak dalam penampilan anda sekaligus membolehkan lelaki pendek ini merasa lebih berkeyakinan bila berhadapan dengan masyarakat.

Klik link di bawah ini untuk mendapatkan tip-tip yang sungguh berguna bukan sahaja untuk lelaki pendek,malah sesuai juga untuk semua lelaki yang ingin kelihatan lebih bergaya dan segak.

How To Look Taller

Monday, April 19, 2010

IKEA Akan Tiba Di Johor Bahru!!






Setelah berunding hampir 2 tahun untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa semenjak tahun 2007,akhirnya penjualan tanah seluas 36.94 ekar di Taman Desa Tebrau kepada IKANO Group telah mencapai kata putus pada Februari 2009 sekaligus membolehkan IKEA membuka cawangannya yang kedua di Malaysia atau lebih tepat lagi di Johor Bahru!!.

Menurut info yang aku dapat juga,bangunan IKEA ini akan bersambung secara terus dengan AEON Tebrau dan Tesco.IKEA dijangka akan memulakan operasinya pada awal tahun 2011/2012.Bukan itu sahaja,menurut perancangan,untuk memudahkan orang ramai berulang-alik dari pusat bandar Johor Bahru ke lokasi ini,satu laluan monorail akan diwujudkan bagi mengurangkan kesesakan trafik.Tapi bila dan bagaimana ianya akan dibina masih belum dapat dipastikan.

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai pembukaan IKEA Johor Bahru :-==> Pada 20/07/2007,Plenitude Berhad menjual tanahnya di Taman Desa Tebrau seluas 36.94 ekar kepada IKANO Group dengan nilai RM64.4 juta (RM40 setiap kaki persegi).
==> Setelah hampir 2 tahun berunding dengan pihak berkuasa seperti Foreign Investment Committe dan Kerajaan Johor,akhirnya pada 20/02/2009 permohonan mereka diluluskan.
==> Keluasan ruang niaga IKEA Johor Bahru dianggarkan seluas 280,000 sq ft.(IKEA Damansara dianggarkan seluas 344,445 sq ft.)
Sebagai rakyat Johor,tentunya aku berbangga dengan perkembangan ini.Sememangya sudah sampai masanya IKEA membuka satu lagi cawangannya di Malaysia.Bayangkanlah punyalah besar Malaysia,tapi cuma ada satu sahaja IKEA.Singapura yang kecil itu pun ada dua cawangan.

Aku mula 'terjebak' dengan dunia perabut ciptaan Ingvar Kamprad nie pun masa aku dipindahkan tempat kerja di Petaling Jaya.Disebabkan rumah sewa aku taklah berapa jauh sangat dengan Damansara (Bandar Kinrara,Puchong) bila hujung minggu jer IKANO lah tempat lepak aku ngan kengkawan.Bila aku dah kahwin,lagilah teruk sebab wife aku pun sama 'hantu' IKEA.Manakan tidak,sampaikan nak beli senduk pun cari kat sana!!Lepas penat pusing-pusing kat dalam,layan pulak kopi dengan karipap kat restoran IKEA.Memang masyuk.

Bila aku berpindah semula ke JB pada pertengahan tahun 2007,salah-satu perkara yang aku ngan wife aku 'rindu' tentunya IKEA.Jadi untuk menghilangkan rindu,pernah juga beberapa kali kitaorang pergi IKEA kat Tampines,Singapura tapi 'feel' dia tak samalah macam kat IKEA Damansara terutama sekali bila singgah kat restoran.Mungkin sebab perasaan was-was mengenai status halal menyebabkan selera kitaorang terbantut.Kalau pergi IKEA tapi tak lepak kat restoran dia rasa macam tak sempurna pulak kunjungan ke IKEA.ahaks..
Harap-harap berita IKEA di Johor Bahru ini benar-benar akan menjadi kenyataan.Jadi kepada warga JB (terutamanya akulah),persiapkan diri anda semua kerana tidak lama lagi akan wujud sebuah lagi destinasi yang boleh menyebabkan wang anda 'mengalir dengan derasnya' tanpa anda sedari!!

Thursday, April 15, 2010

Hotel di Makkah Bangunan Ke-2 Tertinggi Dengan Jam Terbesar Dunia

DUBAI: Sebuah kompleks hotel gergasi yang sedang dalam pembinaan di Makkah bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dan di atasnya akan dibina sebuah jam yang enam kali lebih besar daripada jam Big Ben London.

Pengurus besar hotel itu, Encik Mohammed al-Arkubi, pada sidang media di sini kelmarin berkata kompleks tujuh menara hotel yang dikenali sebagai Menara Abraj al-Bait itu akan mengandungi 3,000 buah bilik dan suite, kebanyakannya menghadap Masjidil Haram.

Ketinggian kedua-dua menara itu hanya kurang sekitar 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa, yang mencecah 828 meter.

Menara Jam Diraja Makkah akan dibina daripada struktur konkrit setinggi 662 meter dan puncak menara logam setinggi 155 meter yang dilitupi simbol bulan sabit.

Malah, struktur konkrit Menara Jam Diraja Makkah itu lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa ini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter.

'Fasa pertama hotel akan dibuka pada akhir Jun ini, manakala jam itu akan mula beroperasi pada akhir Julai iaitu menjelang Ramadan, yang dijangka bermula sekitar 10 Ogos,' kata Encik Arkubi.

Jam buatan Jerman itu, digambarkan sebagai 'yang terbesar di dunia', mempunyai muka selebar 45 meter dan setinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara, katanya.

Jam tersebut dijangka boleh kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang.

Kompleks itu dibina oleh syarikat hartanah gergasi, Bin Laden Group, bagi pihak kerajaan Saudi.

Ia bakal dikendalikan oleh Fairmont Hotels and Resorts, sementara pendapatan yang diraih bakal diwakafkan, khusus untuk pembangunan dan pengendalian tapak suci Islam, kata Encik Arkubi. -- AFP.

Sunday, April 11, 2010

Menjahit Pakaian Besar Ganjaran


Masih ramaikah perempuan zaman sekarang yang pandai menjahit?Atau mungkin disebabkan kesuntukkan masa menyebabkan kita lebih memilih untuk membeli baju yang sudah siap?

Kalau di ambil kira dari segi masa dan kos,memanglah pakaian dah siap lebih mudah dan cepat.Tapi tahukah anda terutamanya golongan wanita bahawa dengan menjahit pakaian terutamanya untuk suami dan anak-anak,ganjaran besar sedia menanti.Mari kita ikuti kisah di bawah :-
--------------------------------------------------------------------------------
Adalah diriwayatkan bahawa Salman Al-Farsi berkata :

Pada satu hari datanglah Saidatina Fatimah ke rumah Rasullullah S.A.W dengan wajah pucat dan air mata yang berlinang.

Maka Rasullullah S.A.W pun bertanya , "Mengapa anakkku?"

Saidatina Fatimah menjawab , "Terjadilah semalam antara aku dengan Ali ketika bergurau dan bercakap-cakap,tiba-tiba ada kata-kata yang terkeluar dari mulutku yang membuatkan dia marah.Setelah aku mengetahui Ali marah kepadaku,aku menyesal dan sedih maka aku merayu dan aku mengelilinginya sampai tujuh puluh dua putaran sehingga kelihatan dia redha padaku dan terukir senyumannya yang ramah.Sesungguhnya aku takut kepada Tuhanku."

Mendengar penjelasan itu,maka Rasullullah S.A.W pun bersabda kepadanya,
"Wahai anakku,demi yang telah mengutuskanku dengan hak sebagai nabi,sesungguhnya andaikata engkau mati sebelum Ali redha kepadamu,maka aku tidak akan solat untukmu."

Kemudian baginda bersabda lagi,
"Hai anakkku,apakah engkau tidak mengerti bahawa kerelaan dan keredhaan suami adalah keredhaan Allah dan marahnya suami juga adalah marah Allah.Wahai anakku,perempuan manapun yang beribadat seperti ibadatnya Maryam Binti Imran tetapi tidak diredhai oleh suaminya,tidak akan diterima ibadatnya oleh Allah S.W.T"

"Hai anakku,sebaik-baik amal perbuatan wanita ialah mentaati suaminya dan sesudah itu tidak ada yang lebih afdal bagi wanita dari duduk menenun dan menjahit"

"Hai anakku,sejam duduk menjahit adalah lebih baik bagi wanita beribadat selama setahun dan Allah akan mencatat bagi mereka pahala seorang syahid untuk setiap jenis pakaian yang dirajut,ditenun dan dijahit"

"Hai anakku,orang yang menjahit pakaian untuk suaminya dan anak-anaknya akan masuk syurga dan diberi Allah S.W.T kota di syurga sebanyak bilangan setiap orang yang memakai pakaian daripada hasil kerjanya"

Thursday, April 8, 2010

Baju Anak Khalifah

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari,anak Saidina Omar Ibni Khattab pulang dari sekolah sambil menangis.Ketika ditanya oleh ayahnya kenapa beliau menangis,anaknya itu pun menjawab :

"Rakan-rakan di sekolah mengira tampanlan yang terdapat pada bajuku dan mengejekku.Kata mereka,lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini."

Mendengar pengaduan anaknya itu,maka timbullah rasa kasihan dalam hati Saidina Omar terhadap anaknya.Oleh sebab itu, beliau mengirim sepucuk surat kepada bendahari negara meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya untuk bulan depan dipotong.
Setelah menerima surat daripada Saidina Omar,maka bendahari negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi :

"Wahai Omar,adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan?Bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu?Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu kepada Allah?"
Membaca surat itu maka Saidina Omar tersungkur menangis,lalu berkata kepada anaknya :

"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi."

---------------------------------------------------------------------------------
Kisah ini pada aku sangat menarik dan harus dikongsikan bersama.Saidina Omar yang dikenali dengan sifatnya yang cukup tegas dan berani di medan perang sebenarnya adalah seorang yang amat berlemah-lembut.

Sikap dan tingkah-laku Saidina Omar seharusnya menjadi contoh tauladan pada para pemimpin.Jika dibandingkan dengan pemimpin sekarang tentunya jauh beza taraf kehidupannya.Para pemimpin sekarang bukan sahaja kaya-raya malah boleh dikatakan hampir seluruh kaum keluarganya turut menikmati nikmat gaya hidup yang mewah.Tak kiralah parti mana sekalipun kerana pada aku bila sahaja manusia berkuasa,harta kemewahan akan mengaburkan mata mereka.Soal rakyat atau orang sekeliling makan atau tidak tidak lagi diambil kira.

Alangkah bertuahnya jika kia mempuyai pemimpin seperti Saidina Omar yang bersikap mengutamakan hak rakyatnya lebih daripada keperluan dirinya sendiri.Itulah yang dikatakan amanah.Pelik kadang-kala bila aku lihat orang berlumba-lumba dalam mengejar pangkat tertinggi sebagai pemimpin.Lupakah mereka yang tanggungjawab yang dipikul itu bukan habis di dunia sahaja malah akan dipersoalkan kelak di akhirat?Mampukah kita memimpin sebaik Saidina Omar?Sedarkah kamu sedang kamu enak menjamu selera dan tidur di tempat yang selesa masih ramai rakyat kamu yang berlapar dan tidur beralaskan lantai bersyilingkan langit?

Aku harap kisah di atas dapat dijadikan pedoman buat kita semua kerana kita semua adalah pemimpin.Banyak lagi perkara yang berkaitan kisah diatas boleh dikupas dan diambil iktibar.Renung-renungkan...

Tuesday, April 6, 2010

"Saya Sentiasa Betul!!"


Tiada manusia yang sempurna.

Manusia yang berpendapat diri mereka sentiasa betul sebenarnya mempunyai masalah besar.Apa sahaja pandangan dan kritikan orang lain akan di tolak tepi tanpa mengambil kira betul atau tidak.Lebih teruk lagi kalau manusia sebegini berpendapat yang diri mereka jauh lebih baik berbanding orang lain.Senang cerita "Perasan Bagus!!".

Pada aku perkara macam nie sebenarnya berpunca dari satu sikap yang utama iaitu EGO!!

Majikan jarang mendengar pendapat orang bawahan.Ibu atau bapa jarang mendengar pandangan anak.Yang tua pula ambil mudah pandangan orang muda.Ini semua perkara yang aku lihat berlaku dimana-mana.Aku pelik melihat orang-orang macam nie.

Apa dia rasa yang mendengar atau mengambil pandangan orang lain tu menjatuhkan maruah?Ataupun mungkinkah dia rasa yang menerima-pakai idea orang lain itu menunjukkan diri mereka itu bodoh?Kalau beginilah yang dia fikirkan,aku nak cadangkan kat orang-orang macam nie pergilah kem-kem motivasi untuk sedarkan diri secepat mungkin!

Aku nak tanya,dengan terus berpegang pada prinsip yang diri sendiri sentiasa betul dan terbaik,adakah kita boleh berjaya?Perlu diingat,di dunia ini memerlukan kita sentiasa berinteraksi dengan pelbagai jenis golongan manusia yang tentunya mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza.Umur,jantina,pangkat atau status tak boleh dijadikan sandaran yang pandangan atau kritikan itu tidak boleh diterima.

Orang yang bersikap tidak menghormati pendapat atau pandangan orang lain pada aku tak kemana perginya.Walaupun orang lain memberi pandangan yang lebih bernas,golongan manusia sebegini akan cuba mencipta pelbagai alasan untuk menidakkan.Buang masa sebenarnya bertegang urat dengan orang sebegini.

Jika kita berhadapan dengan manusia jenis macam nie,biarkan sahaja mereka dengan dunia 'bagus' mereka.Kita tengoklah setakat mana dia boleh 'maju' dan berjaya.Pada aku manusia sebegini takkan berkembang pemikirannya kerana they have learn NOTHING!In order to learn you need to LISTEN!!

Thursday, April 1, 2010

The Annoying Orange-Kelakar Sangat




Pernah tak korang dengar pasal "The Annoying Orange".Aku terjumpa cerita nie pun masa tengah layan Youtube.Comel tengok buah-buahan 'bercakap',memang lawak..

Jadi kalau korang boring-boring tu bolehlah layan cerita nie kat Youtube.Tak pun korang boleh join team "The Annoying Orange" nie kat Facebook .Kalau nak lagi best,korang bleh layan kat website diaorang di sini

Wazzupp....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails