Diriwayatkan bahawa pada suatu hari,anak Saidina Omar Ibni Khattab pulang dari sekolah sambil menangis.Ketika ditanya oleh ayahnya kenapa beliau menangis,anaknya itu pun menjawab :
"Rakan-rakan di sekolah mengira tampanlan yang terdapat pada bajuku dan mengejekku.Kata mereka,lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini."
Mendengar pengaduan anaknya itu,maka timbullah rasa kasihan dalam hati Saidina Omar terhadap anaknya.Oleh sebab itu, beliau mengirim sepucuk surat kepada bendahari negara meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya untuk bulan depan dipotong.
Setelah menerima surat daripada Saidina Omar,maka bendahari negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi :
"Wahai Omar,adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan?Bagaimana kalau engkau mati sebelum membayar hutangmu?Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu kepada Allah?"
Membaca surat itu maka Saidina Omar tersungkur menangis,lalu berkata kepada anaknya :
"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi."
---------------------------------------------------------------------------------
Kisah ini pada aku sangat menarik dan harus dikongsikan bersama.Saidina Omar yang dikenali dengan sifatnya yang cukup tegas dan berani di medan perang sebenarnya adalah seorang yang amat berlemah-lembut.
Sikap dan tingkah-laku Saidina Omar seharusnya menjadi contoh tauladan pada para pemimpin.Jika dibandingkan dengan pemimpin sekarang tentunya jauh beza taraf kehidupannya.Para pemimpin sekarang bukan sahaja kaya-raya malah boleh dikatakan hampir seluruh kaum keluarganya turut menikmati nikmat gaya hidup yang mewah.Tak kiralah parti mana sekalipun kerana pada aku bila sahaja manusia berkuasa,harta kemewahan akan mengaburkan mata mereka.Soal rakyat atau orang sekeliling makan atau tidak tidak lagi diambil kira.
Alangkah bertuahnya jika kia mempuyai pemimpin seperti Saidina Omar yang bersikap mengutamakan hak rakyatnya lebih daripada keperluan dirinya sendiri.Itulah yang dikatakan amanah.Pelik kadang-kala bila aku lihat orang berlumba-lumba dalam mengejar pangkat tertinggi sebagai pemimpin.Lupakah mereka yang tanggungjawab yang dipikul itu bukan habis di dunia sahaja malah akan dipersoalkan kelak di akhirat?Mampukah kita memimpin sebaik Saidina Omar?Sedarkah kamu sedang kamu enak menjamu selera dan tidur di tempat yang selesa masih ramai rakyat kamu yang berlapar dan tidur beralaskan lantai bersyilingkan langit?
Aku harap kisah di atas dapat dijadikan pedoman buat kita semua kerana kita semua adalah pemimpin.Banyak lagi perkara yang berkaitan kisah diatas boleh dikupas dan diambil iktibar.Renung-renungkan...
4 comments:
susah nk ikut mcm saidina umar...
zmn skg segala-galanye kejar dunie je..
tibe-tibe teringt kat mak..
selalu pesan..duit yg ade tu smpn...ape yg ade tu gune laa selagi bole gune..jgn membazir..
betul tu..kejar dunia sampai lupa yg status diri ini sebenarnya hanya sementara di dunia..
pesanan ibu jgn dilupa.. :)
salam ziarah....saya dah letak blog badge bro yg azfar90 buat kat blog saya...sama2 promote blog bro to other readers..happy blogging :)
>asrul :wah yer ker..terima kasih..
mari kita bantu-membantu.. :)
Post a Comment