Advertising Space For Rent

Tuesday, February 23, 2010

Kesan Kempen Tidak Rasmi Alam Siber

Lahirnya laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan lain-lain lagi telah membawa perubahan besar kepada dunia perhubungan.Ia digunakan secara meluas bukan sahaja oleh remaja malah pemimpin negara sendiri menggunakan kemudahan ini bagi berhubung secara terus dengan orang ramai.



Walaupun ada pihak yang mengatakan yang laman sosial seperti ini boleh membawa keburukan atau lebih tepat lagi keruntuhan moral,pada aku apapun ianya terpulang pada si pengguna itu sendiri.Jika tujuan digunakan untuk mengeratkan sillaturrahim dan menyampaikan maklumat berguna pada aku tiada salahnya.Malah ternyata lama sosial seperti ini satu lagi 'penemuan' baru yang amat efektif dari segi perhubungan.


Namum sejak akhir-akhir ini aku perhatikan,laman web sosial ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung sesama rakan tapi ia juga digunakan bagi melancarkan kempen tidak rasmi terhadap sesuatu isu atau individu.Kempen yang aku maksudkan di sini adalah kempen yang berkaitan kecaman dan protes secara siber.


Kempen ini biasanya dilancarkan bagi menarik seramai orang yang boleh bagi menunjukkan sokongan terhadap kecaman sesuatu isu atau individu.Kempen seperti "Saya benci...","Kami mengecam..." & "Kami tidak akan..." adalah antara kempen yang sering dilancarkan bagi mendapatkan reaksi masyarakat.Persoalannya,adakah kempen sebegini berkesan?Pernahkah kita selidik dahulu asas kepada kempen berkenaan?

Aku tak mahulah jadi hipokrit dengan mengatakan yang aku tak pernah langsung sertai mana-mana kempen.Tapi kadang-kala aku terfikir juga,kempen seperti mengecam individu seperti artis adakah ianya patut diadakan?Bagi artis yang telah terbiasa dengan gosip dan kecaman dari masyarakat tentunya tidak memberi kesan besar,tetapi bagaimana pula dengan mereka yang baru?Tentunya kempen kecaman sebegini akan memberi kesan tekanan bukan sahaja pada diri individu tersebut,malah kaum keluarga mereka juga.

Mungkin pihak yang mengajurkan kempen sebegini akan berpandangan ianya adalah tindakan bagi memberi kesedaran terhadap kesilapan yang dilakukan oleh individu terbabit.Persoalannya,adakah tindakan sebegini sesuai dengan budaya masyarakat kita?Satu persoalan yang harus difikirkan bersama. -persepsi minda-

2 comments:

Unknown said...

Menarik. Rasanya tak salah kalau dibuat sedemikan. Yang penting jangan terlalu fanatik & jangan cross the line ler. Kena ingat tata susila masyarakat kita, ye tak...

http://akuvsdunia.blogspot.com

Md Nasir said...

>zephyr : kalau tujuannya baik,x salah rasanya.tapi kena jagalah juga 'bahasa' yg digunakan,jgn terlalu emo terhadap sesuatu isu.kesian juga kat individu yg terlibat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails