Advertising Space For Rent

Tuesday, April 6, 2010

"Saya Sentiasa Betul!!"


Tiada manusia yang sempurna.

Manusia yang berpendapat diri mereka sentiasa betul sebenarnya mempunyai masalah besar.Apa sahaja pandangan dan kritikan orang lain akan di tolak tepi tanpa mengambil kira betul atau tidak.Lebih teruk lagi kalau manusia sebegini berpendapat yang diri mereka jauh lebih baik berbanding orang lain.Senang cerita "Perasan Bagus!!".

Pada aku perkara macam nie sebenarnya berpunca dari satu sikap yang utama iaitu EGO!!

Majikan jarang mendengar pendapat orang bawahan.Ibu atau bapa jarang mendengar pandangan anak.Yang tua pula ambil mudah pandangan orang muda.Ini semua perkara yang aku lihat berlaku dimana-mana.Aku pelik melihat orang-orang macam nie.

Apa dia rasa yang mendengar atau mengambil pandangan orang lain tu menjatuhkan maruah?Ataupun mungkinkah dia rasa yang menerima-pakai idea orang lain itu menunjukkan diri mereka itu bodoh?Kalau beginilah yang dia fikirkan,aku nak cadangkan kat orang-orang macam nie pergilah kem-kem motivasi untuk sedarkan diri secepat mungkin!

Aku nak tanya,dengan terus berpegang pada prinsip yang diri sendiri sentiasa betul dan terbaik,adakah kita boleh berjaya?Perlu diingat,di dunia ini memerlukan kita sentiasa berinteraksi dengan pelbagai jenis golongan manusia yang tentunya mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza.Umur,jantina,pangkat atau status tak boleh dijadikan sandaran yang pandangan atau kritikan itu tidak boleh diterima.

Orang yang bersikap tidak menghormati pendapat atau pandangan orang lain pada aku tak kemana perginya.Walaupun orang lain memberi pandangan yang lebih bernas,golongan manusia sebegini akan cuba mencipta pelbagai alasan untuk menidakkan.Buang masa sebenarnya bertegang urat dengan orang sebegini.

Jika kita berhadapan dengan manusia jenis macam nie,biarkan sahaja mereka dengan dunia 'bagus' mereka.Kita tengoklah setakat mana dia boleh 'maju' dan berjaya.Pada aku manusia sebegini takkan berkembang pemikirannya kerana they have learn NOTHING!In order to learn you need to LISTEN!!

4 comments:

~ yus ~ said...

btol tu.. orang ego ni selalunya memang perasan bagus! entah apa yg ada dlm fikiran dia taktau la, yg pasti selalu pndg rendah pd org len.. tak baik tak baik..

Md Nasir said...

orang mcm nie susah nak berubah sbb dia ada dunianya sendiri..dunia khayalan yang hanya memandang dirinya sahaja yang terbaik..

Unknown said...

Perubahan perlukan kerendahan. Kalau hanya berpegang pada keegoan sampai bila tak ke mana. Mungkin mereka tidak memahami hidup berinovatif.

Md Nasir said...

>hadjie : dgn kerendahan hati mudah untuk kita menimba pengalaman org lain.kesimpulannnya jgnlah memandang rendah pandangan org lain kerana mereka juga mempunyai akal fikiran dan perspektif yg tidak semestinya sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails