Kisah benar ini berlaku kira-kira 12 tahun yang lalu di salah-sebuah kampung di Johor Bahru.Aku yang baru pulang dari majlis perkahwinan rakan baik,Shamsul,tiba kira-kira jam 12.00 tengah malam untuk bermalam di rumah atuk.Sempena dengan contest yang di anjurkan oleh Gengblogger.com,ikuti kisah benar yang amat menyeramkan ini..
_________________________________________________
“Encik,encik..bangun,dah sampai!Rumahnya dimana?” kejut pakcik teksi yang mungkin telah berulang-ulang kali mengejutkan aku yang dari tadi terlena.
“Ya,ya…sampai sini pun dah OK pakcik.Berapa tambangnya?” jawab aku mengelabah sambil mendengus.Pelan-pelan aku keluarkan duit dari kocek seluar setelah diberitahu harga tambangnya.
Turun sahaja teksi,mataku tajam melihat kawasan keliling.Walau langit makin menggelap,namun lampu neon dari warung kopi Pak Atan disebelah kiri teksi menyebabkan aku berasa sedikit lega kerana telah selamat sampai ke destinasi.
“Alhamdullillah..” bisik aku dalam hati.
Cuaca sejuk disebabkan embun malam mula mencengkam kulit.Pelan-pelan aku keluarkan telefon bimbit dari kocek seluar sebelah kanan untuk melihat waktu.
“12.15 am”
Untuk menuju ke rumah atuk,dari jalan besar tadi aku perlu melalui satu denai yang jaraknya lebih kurang 20 minit jika berjalan kaki.Sebenarnya inilah pertama kali aku pergi ke rumah atuk pada waktu begini seorang diri.Walaupun perasaan takut dan seram mula menerjah masuk,aku nampaknya tiada jalan lain selain terpaksa berjalan laju atau berlari secepat mungkin untuk lebih cepat sampai ke rumah.
Setibanya aku di pemulaan kawasan denai,aku mula merasakan sesuatu yang aneh.Embun malam yang dari tadi mencengkam kulit terasa seolah-olah mula mencengkam tulang.Pelan-pelan aku dapat rasakan bulu romaku naik serentak di tangan dan tengkuk.Kisah-kisah seram yang pernah diceritakan oleh rakan-rakan aku sebelum ini mula berbisik ditelinga.
Bunyi daun-daun dari pokok disekitar kawasan denai ditiup angin malam menambahkan lagi keanehan.Aku yang dari tadi berdiri tegak di bibir denai mula merasa berat hati untuk meneruskan perjalanan.Bungkusan plastik berisi pulut kuning,nasi minyak dan telur pindang yang dibekalkan oleh ibu Shamsul tadi aku pegang erat-erat di tangan kiri.
Aku cuba sedaya mungkin menghilangkan perasaan takutku dengan beberapa kali mendengus keras.Sambil mulut terkumat-kumat membaca apa sahaja ayat suci yang terlintas,aku mengambil keputusan untuk meredah sahaja denai tersebut sambil berlari.
“Bismillah…” bisik aku sambil mula mengatur langkah.
Namun,baru sahaja 5-6 langkah,aku terasa seolah-olah diekori ‘sesuatu’.Satu perasaan yang aku sendiri tidak dapat tafsirkan secara tepat.Aku terdengar seolah-olah ada ‘seseorang’ sedang mendegus keras di dalam belukar sebelah kiri.
“Husssh!Hussshh!..”dengusan keras itu semakin jelas kedengaran.Aku dapat rasakan yang kakiku mula terasa berat untuk melangkah.Peluh sejuk yang dari tadi mengalir semakin deras aku rasakan membasahi muka dan t-shirt bewarna putih yang aku pakai.
Panik-Seram-Keliru.
Langkah aku mula terhenti di tengah-tengah denai yang dikelilingi belukar kecil.Daun-daun dari pohon yang siangnya menghijau kelihatan sama sahaja pada waktu begini.Hitam dan agak lembab dek kerana embun dan suasana malam.Suasana menjadi sunyi seketika.Bunyi cengkerek yang sememangnya sebati dengan malam seakan menghilang.
“Husssh!!Hussshh!..”sekali lagi dengusan keras itu kedengaran dari arah kiri belukar.Kali ini makin jelas dan dekat.
Aku seolah-olah terpaku di situ tanpa boleh bergerak.Aku cuba aturkan langkah semula tapi gagal.Otot dan sendi terasa kendur.
“Hussshh!…” bunyi dengusan itu mengejutkan aku lagi.Pelan-pelan aku cuba gerakkan kepala mencari dari mana datangnya bunyi dengusan berkenaan.Kepalaku terarah ke sebelah kiri belukar.Mataku yang memandang tajam mencari titik fokus menyebabkan dahiku berkerut.Muka aku mula tegang.
Takala aku memandang kekiri dapat aku rasakan degupan jantung aku makin kencang berdegup.Semangat juga dapat aku rasakan semakin mengendur.Sambil mata aku tajam mencari punca bunyi di sebelah kiri belukar,aku terpandang satu objek bewarna putih seperti kabus berbentuk “manusia’” yang sedang berdiri tegak memandang tepat ke arah aku.Walau agak jauh,tapi objek putih tersebut memang agak jelas kelihatan di dalam pekat malam.
Dapat aku rasakan air peluhku semakin deras mengalir di muka.Aku hanya tegak berdiri sambil cuba memandang tajam ke arah objek tersebut yang sekali-sekala kelihatan pudar seperti ditiup angin.
“Husshh!!…Husshhh!!” suara misteri tadi sekali lagi mendegus.Kali ini makin dekat dah keras dari sebelah kiri.
Badanku seakan membongkok sedikit.Dahiku semakin berkerut takala mataku terus memberi fokus.Tiba-tiba objek putih yang dari tadi kelihatan jauh dan kecil berdiri tegak betul-betul di depan mata.Objek lutsinar seperti kabus berbentuk manusia itu makin jelas kelihatan.Tinggi dan sedikit berbau hamis.Semangat aku semakin menghilang.
Pelan-pelan aku cuba dongakkan kepala memandang ke atas.
“Ya Allah..!!!” kata spontan terpancul dari mulut aku takala mataku memandang ke atas.
Kali ini jelas kelihatan objek putih tersebut membentuk tubuh manusia yang dibalut kain kafan serta berbunjut di kaki dan kepala.
“Pocong..!!” jerit suaraku tapi tersekat di kerongkong.
Aku cuba gagahkah diri mengunakan segala kudrat yang ada untuk terus berdiri.Kepala kembali ku donggakan ke atas.Aku dapat rasakan mahluk ini tajam memandang aku.Aku cuba gagahkan diri untuk melihat dengan lebih jelas rupa mahluk itu.Anggota badanku mula terasa lemah dan semakin kuat mengigil.
Rupanya tidak berapa jelas,tenggelam dek kepekatan malam yang semakin larut.Susuk tubuhnya tegap dan tinggi.Kepalaku betul-betul mengadap bahagian dadanya.
“Husshh!!Hussshh!!” mahluk itu kembali bersuara.Jantungku seolah berhenti seketika.
Badan dan kepalaku agak mencondong sedikit selepas mendengar dengusan itu.Mata ku tutup rapat.Plastik yang ku pegang tadi hampir-hampir terlepas.Peluh makin mencurah.Aku terdiam seketika.Panik amat sangat.Minda dan hati aku juga sunyi seribu bahasa.
Pelan-pelan aku cuba membuka mata kembali.Pandanganku mula kabur.Mataku agak berkaca.Aku cuba memandang kiri dan kanan.Mahluk bewarna putih tadi tidak kelihatan.Suasana tetap juga sunyi dan gelap.
“Asstarfirullahala’zim” bisikku pelahan sambil mendengus panjang.
Aku mula mengatur langkah untuk keluar dari denai itu.Kakiku yang dari tadi terasa lemah cuba aku gerakkan untuk terus melangkah.Sedikit demi sedikit makin laju langkah kakiku.Tercocoh-kocoh aku berlari meredah apa sahaja di lantai denai.
Sedang aku berlari,aku terasa seperti diekori sesuatu.Makin laju aku lari makin dekat ‘benda’ itu.Bunyi “Hussh!..” juga jelas ditelinga.Kali ini aku yakin yang pocong tadi sedang mengejar aku.Aku terus berlari mengunakan segala tenaga yang ada menuju ke penghujung denai.Jantungku terus berdegup kencang.
Mulutku yang dari tadi terkumat-kamit membaca apa sahaja ayat suci yang terlintas sambil berlari menyebabkan aku berasa hampir putus nafas.Lebih kurang 5 minit berlari akhirnya aku berjaya keluar dari denai.Kehadiran mahluk tadi masih boleh aku rasakan dan aku pasti mahluk tersebut begitu hampir dengaku.Langkah aku terhenti semula.Mataku mula melilau tapi kelibat pocong tersebut tidak kelihatan.
Rumah atuk yang hanya tinggal 10 langkah dari tempat aku berdiri ku tenung tajam.Tanpa menoleh lagi kebelakang,aku terus mengatur langkah berlari menuju ke sana.Perasaan takut cuba aku kawal sedaya mungkin.
“Ya Allah,lindungilah hambamu ini” rintih aku dalam hati.
Aku berjaya sampai ke gigi tangga rumah atuk.Dengan nada tersekat-sekat aku menjerit-jerit memanggil atuk keluar dan membuka pintu.Lampu mentol kuning di atas pintu rumah atuk yang agak kelam membolehkan aku melihat kawasan keliling lebih jelas.Syukur mahluk tadi tidak lagi kelihatan.
“Kenapa kau nie,kena sampuk?” suara tua atuk berdesing di telinga seraya membuka pintu.Perasaan lega mula terasa.
Tanpa berlengah aku terus bergegas masuk.Hampir sahaja aku langgar orang tua itu yang berdiri di muka pintu dengan wajah berkerut seribu.Badan aku rebahkan betul-betul di tengah rumah.Lemah longlai rasanya.Mata aku pejam rapat sambil badanku mengigil kuat.
“Dah..dah..minum air nie lepas itu sapu kat muka tu!” suara atuk kedengaran agak keras sambil menghulurkan aku segelas air suam.Air keteguk pelahan-lahan.Sedikit tertumpah kerana tanganku megigil kuatBadanku terasa amat lemah.Semangatku kendur.Aku terlena tanpa disedari.