Advertising Space For Rent

Monday, March 8, 2010

Kesilapan Pada Padan Tanda


"Bukan nak mengata tapi itu yang nyata"

Kali ini aku terpanggil untuk bercerita mengenai "Kesilapan yang berlaku di papan tanda/notis".Aku pasti ramai yang pernah terpandang/perasan papan tanda atau notis yang diletakkan kadang-kala terdapat kesilapan dalam ejaan.Kalau kesilapan ejaan berlaku dalam satu karangan yang panjang boleh juga dimaafkan,tapi kalau berlaku pada papan tanda/notis pada aku memanglah tak patut.
Ahad lepas aku ada singgah satu pasaraya dekat kawasan Skudai,JB.Lepas aku beli barang dekat pasaraya tu,aku terpandang satu 'stall' kecil yang menjual 'handphone' betul-betul depan pintu keluar pasaraya berkenaan.Sambil menunggu anak aku yang seorang tu menghabiskan aiskrimnya (walaupun lebih banyak tumpah ke baju daripada masuk ke mulut!!),aku pun tengok-tengoklah aksesori-aksesori yang dijual dekat 'stall hanphone' tu.
Tengah aku belek-belek aksesori yang di jual,aku terpandang satu notis yang dilekatkan di depan kaunter 'stall' berkenaan.Lihat gambar di bawah :-
(Gambar nie aku rakam masa 'amoi' nie tengah syok layan mee yang ditapau dari kedai berhampiran)

"Bertanggong Jamad"???!!

Ewah-ewah,suka hati jer dia tulis notis.Kalau tak pasti mengenai ejaan,tanyalah dulu orang sekeliling.Takkanlah tak ada orang yang mampu memberi 'khidmat-nasihat' secara percuma.Inilah jadinya kalau 'dahlah tak tau (beralas sikit) sombong pulak tu'.Mula-mula tu nak tergelak jugalah,pastu rasa geram pun ada.Bukan dulu kat sekolah BM tu subjek wajib ker?Adoyaii..

Walaupun aku faham apa yang dia maksudkan,tapi mana boleh tulis notis mengunakan ayat perbualan.Kalau perbualan tu betul tak apa jugak,ini tidak suka hati jer ikut loghat dia.Kalau akulah jadi pemeriksa masa dia ujian lisan BM kat sekolah,memang pasti aku bagi markah "GAGAL'!!

Kepada si pembuat papan tanda atau notis tu,sebelum papan tanda atau notis anda dipamerkan,tolonglah 'double-check' ejaan yang dibuat.Seharusnya perkara-perkara sebegini tidak lagi berlaku kerana kita semua selaku rakyat Malaysia perlu atau wajib memartabatkan bahasa kebangsaan kita sendiri iaitu Bahasa Malaysia.
------------------------------------------------------------------------
Antara contoh gambar papan tanda/notis yang didapati melakukan kesilapan dalam ejaan.

4 comments:

saya_arief said...

ni gmbar real ke da edit..??
kui3..
klaka la..

Md Nasir said...

>arief : gambar & kejadiaan mmg real.masa sy rakam gambar nie pun cover-line abis..
"bertanggong jamad"=x bleh angkat ayat..haha..

ZIANA ♥ FARREL said...

aku bukan nak cakap racist la kan..tp selalu yg silap eja ni bukan org melayu kita la..tp agak2 la kan..dh bertanggong jamad tu dh macam lucah plak bila aku pkir 44x...wakakakakka

Md Nasir said...

>ziana : agree with u..tgk ajerlah saper tuan punya/pembuat signboard tu..
lucah?errmm..advanced betul..haha..aku baru terpikir..duss
x 'bertanggong jamad' betul ko nie..haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails