Advertising Space For Rent

Wednesday, March 3, 2010

"Tidurlah Wahai Permaisuriku"

Iklan di blog sememangnya mampu mendatangkan 'masyyukk' pada pemilik blog.Aku sendiri tidak terkecuali 'cuba' untuk membuat 'duit tepi' dengan cara begini.

Dari blogwalking yang aku buat,boleh dikatakan ramai blogger-blogger yang menambah wadget iklan di dalam blog masing-masing.Tak kiralah dari syarikat mana,tapi wadget-wadget tersebut pasti diselitkan di dalam blog.

Tentunya wadget iklan yang paling popular adalah "NuffNang".Aku guna "NuffNang" nie adalah dalam 4 bulan.Tapi apa yang aku perasan wadget nie asyik tidur jer memanjang.Mengantuk sangat ker?Nak kata 'dia' kerja malam tak jugak sebab bila aku tengok malam pun 'dia' tidur.Sentap aku!!

Bukanlah aku cakap yang NuffNang nie tak mendatangkan hasil lansung,tapi selama aku pakai nie,RM5 pun tak lepas lagi!!Bila tengok orang dapat cek dari NuffNang,cemburulah jugak.

"Apalah salah diriku dengan dirimu wahai Cik NuffNang?"

Sebenarnya aku taklah harap sangat dapat 'durian runtuh' dari NuffNang,cuma kalau ada keluar iklan,nampaklah ceria sikit suasana kat blog aku nie.Aku suka tengok banner-banner dari advertiser yang bewarna-warni tu.Tapi apakan daya,Cik NuffNang ku nie asyik mengatuk aja...

Disebabkan itu,baru-baru nie kesetiaanku kepada NuffNang telah beralih arah.Aku sekarang dah mula pakai khidmat "Advertlets.com".Aku ada jugak terbaca komen mengenai "Adverlets.com" yang kononnya pembayarannya agak lambat,tapi pada aku belum cuba belum taukan.Mana tau rezeki aku kat sini pulak.

Satu perkara yang aku suka pasal "Adverlets.com" nie adalah iklannya yang sentiasa muncul di blog.Itu yang aku nak sebenarnya.Boleh dikatakan tak pernah tidur.Duit pun aku tengok makin bertambah.Wah!!.Walaupun agak perlahan,tapi pada aku yang penting iklannya konsisten.Barulah ada 'blink-blink' sikit kat blog.Ahaks.

Kepada "Cik NuffNang",khidmatmu masih aku perlukan.Jika kau benar-benar 'mengantuk' silalah tidur,tapi sekali-sekala bangunlah bersenam.Walaupun aku telah menduakan kau,tapi percayalah aku terpaksa buat begitu demi kebaikan kita bersama..ewah..!!

7 comments:

@fitridzulkifli said...

hahaha, kan, serabut je, nuff aku bru je brapa. haha





http://fitridzulkifli.blogspot.com

Md Nasir said...

>fitri : kaannnn..kira kita nie tergolong dlm golongan 'dikecewakan'lah..haha..

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY said...

aku pn sama..cuma aku selalu pkir..aku buat blog bukan sebab nak dpt duit.klu dapat itu adalah rezeki..so xdela macam org ilang laki kan..heheheh

Md Nasir said...

>ziana :betullah beb..selagi cek x sampai kat tgn aku,aku mmg x harap langsung(mcm x caya pun ada kekadang)kalo ada lg baguslah,kalo x der pun,kita ada-adakan jer..yg penting,blog mesti diteruskan..x gitu..

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY said...

gitu...kekekekkeke

jajarina said...

contest tu, besor giler amount tu.. haha.. best of luckla yek :D

Md Nasir said...

mmg besar beb..thanks..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails