Advertising Space For Rent

Thursday, March 4, 2010

Fakta Menarik!!

Pepatah mengatakan "Sharing Is Caring".Mari kita lihat bersama beberapa fakta menarik yang boleh menambahkan lagi pengetahuan am kita.
- Tahukan anda makna sebenar perkataan F.U.C.K?
Perkataan yang dilabelkan kasar/lucah pada zaman ini sebenarnya berasal dari zaman gelap masyarakat Inggeris dahulu di mana Raja yang memerintah pada zaman itu mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyatnya.Pada zaman itu,sesiapa yang ingin mengadakan hubungan seks perlu mendapat kebenaran dan keizinan daripada raja terlebih dahulu.Jika tidak hukuman berat akan dikenakan.
Jika raja telah memberi keizinan,satu papan tanda kecil akan diberikan dan ianya perlu di gantung di depan pintu rumah si pemohon sebelum/semasa 'aktiviti' dijalankan.Papan tanda tersebut tertera perkataan "Fornication Under Consent of the King".
Dari sinilah asalnya perkataan "F**K"

-Jika gagal menemui sebarang makanan,sesetengah cacing reben akan memakan dirinya sendiri bagi mengelakkan dirinya mati kebuluran

-Mayat Raja Firaun,Tutankhamen diisi dalam empat lapisan keranda dan keranda ketiga diperbuat daripada 1,125 kg emas.Jika dinilai mengikut harga pasaran zaman sekarang,nilainya ialah RM 42,464.500!!

-Darah manusia mengalir sejauh 96,560 kilometer setiap hari dengan melalui setiap urat saraf,arteri,kapilari serta pembuluh darah.Begitulah ajaibnya ciptaan Tuhan,tetapi tidak ramai daripada kita yang menginsafinya.

-Air minuman Pepsi mengadungi pesin (enzim yang terdapat di dalam perut untuk proses penghadaman),dari situlah ia mendapat namanya.
-Raja Firaun,Rames II meninggal dunia pada 1225 sebelum Masihi dengan meninggalkan 11 orang anak lelaki dan 67 anak perempuan.
-Ibu negara Brazil,Rio de Janeiro diambil daripada perkataan "River of January".


-Satu tahun mengandungi 31,557,600 saat.Satu bilion saat pula bersamaan dengan 37 tahun.


Ralph Lifshitz

-Nama sebenar Ralph Lauren's ialah Ralph Lifshitz
-Satu per empat daripada keseluruhan tulang di dalam tubuh manusia terdapat di bahagian kaki.
-Kertas telah dicipta pada tahun 105 Masihi oleh seorang sida China bernama Tsa'i Lun.
-Beberapa tahun lalu,para saintis di Parkes Observatory,Australia beria-ia mengatakan mereka mempuyai bukti jelas tentang kewujudan mahluk asing selepas mendakwa menerima gelombang radio dari mahluk itu di angkasa.Bagaimanapun,siasatan yang dibuat kemudiannya mendapati gelombang radio itu sebenarnya berpunca daripada gelombang sebuah ketuhar (microwave) yang terdapat di dalam bangunan tempat mereka beroperasi!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails