Advertising Space For Rent

Friday, March 5, 2010

Cara Berdoa & Menadah Tangan Dengan Betul

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa yang diturunkan oleh ustaz Abdullah.

1. Angkat tangan paras dada (seperti gambar 1)

2. Rapatkan kedua-dua belah tangan ( Seperti gambar 2)

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.
---------------------------------------------------------------------------------
Dipetik daripada Majalah Anis-Oktober 2008
Mengangkat kedua belah tangan ketika berdoa

Banyak hadith sahih menceritakan perihal Nabi S.A.W berdoa dengan mengangkat kedua tangannya, ini memang sudah betul dan tepat. Bahkan hadith2 tersebut mencapai taraf mutawwatir.

Disertakan hadith yg diriwayatkan oleh para imam hadith

1. Oleh Abu Humaid R.A(Riwayat Bukhari & Muslim).
2. Oleh Abdullah bin Amr bin Ash R.A (Riwayat Bukhari & Muslim).
3. Oleh Anas bin Malik R.A (Riwayat Bukhari) tentang Nabi berdo’a di waktu perang Khaibar dengan mengangkat kedua tangannya.
4. Oleh Abu Musa Al-Asy’ari R.A (Riwayat Bukhari dan lain-lain).
5. Oleh Ibnu Umar R.A (Riwayat Bukhari).
6. Oleh Aisyah R.A (Riwayat Muslim).
7. Oleh Abu Hurairah R.A(Riwayat Bukhari).
8. Oleh Sa’ad bin Abi Waqqash R.A(Riwayat Abu Dawud).

Dan sahabat2 R.A yang meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W, ada berd’a dengan mengangkat kedua tangannya di pelbagai tempat. Semua riwayat di atas (yakni tentang Nabi S.A.W berdo’a mengangkat kedua tangannya) adalah merupakan FI’IL (perbuatan) Nabi S.A.W. Adapun yang merupakan QAUL (perkataan/sabda) Nabi S.A.W, ada diriwayatkan oleh Malik bin Yasar R.A, dia berkata bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W :“Apabila kamu meminta (berdo’a) kepada Allah, maka mintalah kepadaNya dengan telapak tangan kamu, dan janganlah kamu meminta kepadaNya dengan belakang tapak tangan”. (hadith sahih riwayat Abu Dawud No. 1486).

Kata Ibnu Abbas R.A:“Permintaan (doa) itu, yakni : Engkau mengangkat kedua tanganmu setentang dengan kedua tapak tanganmu.” (Riwayat Abu Dawud).

Mengenai mengusap muka selepas berdoa, hadith2 tersebut adalah dha’if (lemah) (Fatwa Ibn Taimiyyah). Sungguhpun begitu, perkara ini adalah khilaf. Tak wajar digembar-gemburkan.
Berdoa dgn suara lemah lembut
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kalian berbuat kerosakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan penuh harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-A’raaf: ayat 55 -56).

9 comments:

Ben Ashaari said...

terima kasih ...

Md Nasir said...

>ben ashaari : sekadar berkongsi apa yang termampu..thanks for your comment & blogwalking..

jaya jr said...

trimas..
bleh perbetulkan mane2 yg slh..

Zaidah said...

satu info yang bagus...terima kasih...mudah2an doa kita dimakbulkan...

Md Nasir said...

>jaya jr & zaidah : sama-samalah kita perbaiki apa yg kurang..semoga dpt diamalkan bersama..
terima kasih kerana singgah..

Bazilah (^0^) said...

terima kasih sbb kongsi :)
insyaALLAH akan amalkan,mudah-mudahan doa di makbulkan..

Md Nasir said...

>bazilah : amin..

Nia said...

Salam saudara,

Terima kasih sudi visit blog saya.

Terima kasih juga untuk tips yang baik ni. Rasanya semua orang pun berdoa, tapi mungkin ramai yang tak sedar kaedah yang betulkan.

Md Nasir said...

>unlisted_one : salam..
berkongsi apa yang ada untuk menfaat bersama..thanks..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails