Advertising Space For Rent

Tuesday, March 16, 2010

Blogger Boy Mantap!!


Kali nie aku terpanggil nak komen sikit pasal cerita kegemaran aku.Boleh kata 'follower' setialah.Korang ada tengok tak cerita 'Blogger Boy' yang disiarkan kat 8tv?Aku memang layan cerita nie dari session 1 lagi.Dan kalau korang suka dengan dunia blogger nie,aku memang 'recommend' korang tonton cerita "Blogger Boy".


Drama bersiri yang dah pun masuk session 2 ini menampilkan pelakon-pelakon muda yang pada aku cukup berbakat dan sempoi.Antara bintang utamanya adalah Qi Qushairi sebagai Budi(pengacara Destinasi Bajet), Nas-T sebagai Kid, Julie Woon sebagai Nina dan Cheryl Samad sebagai Maya.Ia menceritakan kisah kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi berusia 20-an yang tercari-cari erti kehidupan sebenar di Kuala Lumpur.Pada waktu yang sama,Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama "Budak KL"
Aku suka dengan jalan ceritanya yang betul-betul santai dan 'segar'.Setiap minggu ada jer 'kes-kes' baru melibatkan si Budi dan Kid.Bila tengok 'life-style' diaorang tu,teringat masa aku duduk ngan kawan-kawan dekat rumah bujang.Lebih kurang sama jer jalan ceritanya ngan aku dulu.Macam-macam hal!!Tulah menyebabkan aku layan habis cerita nie..
Sebenarnya "Blogger Boy" ditayangkan di 8tv setiap hari Khamis jam 9.30pm,tapi disebabkan sekarang nie TV3 pulak ada cerita seram,aku layan 'Blogger Boy' nie masa siaran ulangan jer,Ahad pukul 11.30am sampai 12.30pm.Kalau terlepas jugak,aku layan kat website 8tv.

Session 2 nie pada aku lebih 'mantap' jalan ceritanya.Syabaslah buat mereka 3 orang nie iaitu Lina Tan, Rafidah Abdullah dan Bernard Chauly.Merekalah penerbit, penulis dan pengarahnya.

Kalau korang baru nak kenal-kenal dengan cerita nie,bolehlah klik kat sini Blogger Boy Website .Kat sini kita bukan jer boleh dapat info,tapi boleh jugak 'make our own story' menggunakan imej kartun pelakon-pelakon 'Blogger Boy".Dan kalau nak tengok episod-episod yang dah lepas bolehlah layan kat sini 8tv Blogger Boy .
Selamat menonton.

2 comments:

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY said...

aku pun layan gak tgk cite ni..cuma kdg2 aku perasan make up budi tu nmpk sgt la..especially tang foundation dia..aiyohh!!

Md Nasir said...

mungkin make-up x balance dgn lighting kot tu sbb jd camtu..marah make-up artis dia kalo bac nie..
teguran positif,x perkan..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails