Advertising Space For Rent

Thursday, March 11, 2010

Petua / Ubat Ulser Mulut

Pernah tak korang menghadapi sakit "Ulser Mulut" (aka. canker sores, aphthous stomata, oral mucositis).Mesti korang tak sukakan.Bukan sahaja tak selesa tapi yang lebih penting sakit!!.Nak makan susah,nak minum susah nak bercakap pun susah!!.

Ulser mulut nie kadang-kala boleh hilang dengan sendirinya dalam masa 2-3 hari dengan hanya minum air masak banyak-banyak.Tapi ada juga kes ulser nie lambat sembuh dan berulang-ulang.Cuaca panas sejak 1-2 bulan nie menyebabkan aku sendiri selalu terkena ulser.Seksa!!

Menurut doktor,sebab dan punca secara tepat yang menjadi punca ulser mulut nie sebenarnya tak ada.Ia hanya berdasarkan kemungkinan tertentu sahaja seperti tekanan (stress),kurang air dalam badan,makan makanan terlalu pedas atau penjagaan mulut yang tidak sempurna.

Disebabkan aku nie selalu terkena ulser mulut,aku pun buatlah sikit 'research' untuk mencari rawatan atau ubat yang boleh digunakan selain daripada dua jenama produk yang popular iaitu "Oral Aid" dan "Bonjela".Hasil daripada 'research' tu,terdapat beberapa petua yang boleh digunakan sebagai rawatan ulser mulut:-

1) Berkumur dengan menggunakan air garam

2) Ambil secubit asam keping dan tekapkan di bahagian yang terkena ulser

3) Ambil sedikit bawang putih,tekapkan di bahagian yang mengalami ulser

4) Gunakan ubat jenama "Watermelon Frost".Ubat ini boleh didapati di kedai ubat Cina.Ia berbentuk serbuk dan mudah digunakan.

Dari semua petua dan ubat yang dinyatakan di atas,aku rasa ubat "Watermelon Frost" tu paling berkesan.Memang pedihlah masa letak serbuk tu,tapi yang penting ia mampu 'mengecutkan' ulser tersebut dengan pantas!!

Kalau anda ada petua-petua atau ubat yang boleh digunakan untuk merawat ulser mulut,bolehlah kongsikan bersama kat sini.Bersama kita membanterasnya!!

9 comments:

~aSHa~ said...

selalunya kalo pakai garam atau bonjela tu amik masa gak untuk baik pulih....kalo pakai watermelon frost tu berapa hari amik masa nak pulih?

Md Nasir said...

cam sy tu hari,hari nie pakai besok dh mengecut..mmg agak cepat jugalah..biasanya kalau pakai yg lain tu kadang2 sampai 4-5 pun x hilang lagi.cubalah dulu,InsyaAllah cepat sembuh.:)

yuzi said...

aku slalu kene ulser la.. maybe sbb kurang minum air kot. kadang sampai 2,3 skali tubuh smapai dah lali da kalau kalau kene. ahaks!

Md Nasir said...

>kena satu pun dah seksa,nie pulak kalau sampai 2-3..aduii..
satu lagi punca ulser nie adalah sebab kurangnya pengambilan sayur hijau dan kurangnya vitamib B dalam badan..

Anonymous said...

aku pun kerap sgt kena ulser nih...dah jadi biasa dah...mmg tak selesa..kekadang tu wat tak tau jer kat ulser tu...pedih cam ner pun hentam sajer la..

masjuju said...

selalu dan sedang kena ulser. dan baru jumpa doktor. first time dpt ubat antibiotik utk surutkan ulser. dan ubat sapu (bonjela dicampurkan dengan oral aid).

Anonymous said...

Law org dewasa kena ulcer mulut acceptable lagik, tp law tgok anak kecik yg kena cian btol. Sampai de nk minum susu pon yk leh, mkn tk leh, sedey jer tgok merengek bab lapo tp sakit. Oral aid pn okey bg rase kebas, so anak kecik nih trlupa skjp. .

Unknown said...

Doctor ckp dgn aku ulser ni sbb stress tp rasa nya mcm x ada .aku pakai garam jeee.ok gak

Unknown said...

Ulser aq kat rahang gigi tuhh...bayangkan cam ner nak mkn...besar n lubang lak tuhh..daa 2 hari tak mkn..sakit gile...mne nak dpt ubt tuhh.bape harge

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails