GENEVE : Sebuah firma di Switzeland berjaya menghasilkan jam tangan eksklusif 193,ooo euro (RM 975,695) yang diperbuat menggunakan tulang dinosaur tulen.
Pereka jam, Louis Moinet, menghiasi permukaan 12 utas jam tangan edisi terhad itu dengan serpihan tulang dinosaur yang diikat emas putih 18 karat dan 56 butir berlian setiap satu.Ia digelar 'Time Explorer'.
Firma berkenaan menyatakan,tulang itu diambil daripada dinosaur pemakan sayur atau 'diplodocus' berukuran 30 meter panjang dan mempunyai berat 20 tan- Agensi
Sumber : Berita Harian 19/03/2010 (Macam-macam)
-------------------------------------------------------------------------------
p/s : Harga dahlah mahal,nak pakai pun takut.Silap-silap memang tak boleh pakai sebab aku rasa confirm dia tak samak. -persepsi minda-
2 comments:
Salam...
Bayangkan berapa banyak jam dia boleh buat dengan satu ekor diplodocus! haha
salam..
kalau setakat pakai 1-2 serpihan mau beribu-ribu jugak tu..ahaks..
Post a Comment