Advertising Space For Rent

Tuesday, March 2, 2010

"Mana Saya Punya Free Gift!!"


Baru-baru ini aku ada singgah Giant kat sekitar JB ini.Aktiviti biasa hujung bulan,"Shopping barang dapur" dengan isteri dan hero aku yang sorang tu.
Lepas penat berpusing-pusing (naik menyampah rasanya staff Giant kat situ tengok kitaorang) cari barang,kitaorang pun beraturlah untuk buat bayaran.Sedang aku beratur tu,aku perasan yang pek Milo aku beli tu ada gambar "Free Gift"-dapat botol air-.Jadi lepas sahaja bayar kitaorang pun geraklah menuju ke "Kaunter Khidmat Pelanggan" untuk menuntut hadiah.
Aku tengok ramai betul orang tengah tunggu giliran.Sementara aku beratur dengan tabahnya menunggu giliran,berlaku satu insiden yang pada aku "lawak tahap sentap" punya.Macam ini ceritanya..

Ada seorang uncle (berbangsa cina) yang agak berusia beratur depan aku.Bila sampai sahaja giliran dia,dengan pantas dia mengeluarkan resit pembayaran untuk diberikan kepada staff yang ada di kaunter tersebut.Dari gayanya,aku pasti uncle nie mesti nak tuntut hadiah "Free Gift" jugak macam aku.Pada saat ini tiada apa yang pelik.


Dalam beberapa saat setelah memeriksa resit pembayaran uncle tu, staff yang berada di kaunter bersuara:-

"Uncle,you punya barang tak ada free giftlah.."
Aku yang berada betul-betul dibelakang uncle tu terus memberi perhatian pada mereka berdua.Tiba-tiba uncle tu bersuara dengan suara agak tinggi :-

"Mana boleh tak ada,you mau tipu saya kaa!!"

Aku,staff tersebut dan orang keliling terkedu sekejap sambil terus memerhatikan mereka berdua.Ikuti dialog mereka berdua seterusnya..

Staff : "Betul uncle tak ada,mana ada tipu,kalau ada mesti saya bagi punya"

Uncle : "You jangan tipu saya haa!!" (masa nie uncle tu kelam-kabut mengeluarkan sebotol minyak masak 5kg dalam trolinya)

Uncle :"Ini apa!!Ini ada tulis "Free Cholesterol",mana saya punya "Cholesterol"!!"

Staff : .......................(blur)


Tanpa mampu berkata apa-apa,aku dan orang sekeliling hanya keras berdiri sambil berusaha menahan dari ketawa terbahak-bahak.

P/s : Jika staff terbabit dan uncle tu terbaca blog aku nie,aku ada ucapan untuk mereka berdua:-
Staff : "Syabas bro kerana sabar melayan kerenah pelanggan macam nie.Aku tabik spring!!"
Uncle : "Sesungguhnya uncle,kolestrol itu sangatlah tidak baik untuk kesihatan dan ketahuilah bahawa tidak semua benda "Free" itu berguna.Terima kasih kerana menceriakan hari saya"

2 comments:

Unknown said...

kah3..lawak2..hu3

Md Nasir said...

> anwarnaim :lawak versi kasar tu namanya..ahaks..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails