Advertising Space For Rent

Tuesday, March 16, 2010

Wadget Halal Untuk Blog



Halal sememangnya satu tuntutan di dalam Islam.Malah ianya satu isu yang amat sensitif terhadap umat Islam terutamanya di dalam aspek pemilihan makanan.Entry kali nie aku ingin menghebahkan satu perkara penting yang aku rasa dapat membantu kita mendapatkan info terkini dengan cara yang amat mudah dan pantas berkaitan produk atau makanan halal.

Hasrat Malaysia untuk menjadikan negara ini Hub Halal Sedunia seharusnya satu usaha yang patut kita banggakan.Idea ini yang mula dicetuskan oleh mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi semakin hari semakin menjadi kenyataan.

Baru-baru ini Halal Industry Development Corporation (HDC) sebagai badan yang mengawal selia proses pengeluaran Sijil Halal telah melancarkan satu wadget yang membolekan orang ramai mengakses secara terus bagi mendapatkan maklumat berkaitan status halal yang dikenali sebagai "Halal Wadget".

"Halal Wadget" ini boleh diletakkan di mana-mana laman web atau blog untuk dijadikan sumber rujukan berkaitan produk-produk halal.Pengguna hanya perlu menaip sahaja nama syarikat pengeluar makanan di ruangan yang disediakan dan segala maklumat berkaitan status halal makanan yang telah disahkan halal akan terpapar.

Aku harap dapatlah kita sama-sama menggunakan kemudahan yng telah dsediakan nie.Anda yang perlu 'copy' & 'paste' sahaja kod HTML yang diberi untuk diletakkan di laman web atau blog anda.Mudah sahaja.

Klik Halal Wadget di sini untuk mendapatkan wadget anda.

4 comments:

Unknown said...

wah bagus ni halal tu penting tp kekadang yg haram tu pun depa tipu2 letak halal huhu

Md Nasir said...

>posh : betul tu.byk pakai logo halal tipu,tp dengan adanya wadget camnie,kita bleh check terus status produk tu..

apaajanews said...

salam, widget halal sememangnya elok dipasang pada blog mempermudahkan kita untuk membuat rujukan sekiranya ada was-was tentang halal atau sebaliknya, rasanya JAKIM patut menubuhkan skuad penguatkuasanya sendiri di setiap negeri bagi melancarkan tugas-tugas pemantauan HALAL.

http://apaajanews.blogspot.com/2010/03/jakim-halal-hub-halal-widget.html

Md Nasir said...

>apajanews : setuju dgn cadangan tu..lagi kerap di buat penguatkuasaan lagi bagus supaya peniaga2 nie ambil berat perkara nie bukan sekadar nak dapatkan logo shj..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails